Pages

Thursday, October 30, 2014

Tali Gantung

Assalamualaikum ,

Amboi datang mood rajin nak menaip asyiklah nak menaip ye, datang mood malas engkau tu tengok pun tak nak. Biasalah nak menaip ni idea kena ada, mood ke ok kalau mood tu  KO  tak ok apa pun tak jadi ye tak.




Sebenarnya taktau kenapa tiba tiba tajuk "Tali Gantung" ni bermain dalam minda. Banyak sangat persoalan yang bermain dalam fikiran kalau pasal tali gantung. Terlampau banyak . Lumrah kehidupan dekat Malaysia ni, mugkin dekat bumi ni ,,mereka yang di penjara di pandang hina lagilah bagi mereka yang dikenakan hukuman tali gantung, merekan akan dipandang manusia paling jahat yang hidup . Klau nak cerita pasal jahat, syaitan adalah makhluk Allah yang paling jahat . Ini cuma pendapat aku sebab syaitan telah ditugaskan oleh Allah untuk menyesatkan manusia.

Pernah terlintas tak dekat fikiran korang kalau Tuhan tu tahu syaitan akan menyesatkan hambaNya. Tapi kenapa Tuhan tidak menghapuskan saja syaitan syaitan dari muka bumi ini. Bukan ke nanti dengan cara itu tak akan timbul satu pun kejahatan dalam muka bumi ni dan manusia akan tinggal dengan amannya? Bukan ke juga dengan cara itu semua hambaNya akan dimasukkan syurga?

Allah juga bersebab mewujudkan syaitan dekat muka bumi ni. Mungkin dengan adanya syaitan ni Tuhan mahu hambaNya menyempurnakan penghambaan diri kepadanya. Tuhan juga mahu menguji sejauh mana keimanan hambaNya terhadap Dia. Sehebat hebat syaitan, dia tetap akan kalah dengan hambaNya yang beriman dan kuat pegangan agamanya .

Mereka yang akan berada di tali gantung mungkin pada awalnya terhasut dengan hasutan syaitan, imannya tidak cukup kukuh untuk melawan hasutan syaitan. Kalau nak cakap mengenai iman, iman aku juga masih goyah tapi aku cuba perkukuhkanNya. Tapi pengakhian mereka yang berada di tali gantung itu indah.

Apa yang aku maksudkan indah pengakhiran hidup mereka. Ye cukup indah kerana mereka tahu tarikh terakhir mereka berada di muka bumi yang penuh dengan ujian. Beruntungnya mereka kerana mereka dapat melakukan taubat yang bersungguh sungguh dengan harapan Tuhan akan terima taubat mereka, mereka melakukan dengan penuh seribu penyesalan. Taubat ? Kita pun buat solat sunat taubat , mungkin setiap hari, tapi dalm sedar tak sedar kita buat balik perkara yang kita dah janji pada Sang Pencipta yang kita tak mahu ulanginya.

Betul selagi matahari tak terbit dari sebelah barat, taubat kita akan diterima dan Sang Pencipta juga Maha Pengampun. Tapi jika kita bandingkan diri kita dengan mereka yang penghujung hayatnya ditali gantung, mereka melakukan taubat dengan bersungguh dan mereka tentu sekali tak akan mengulanginya. Seksaan didunia untuk mereka telah meringankan serba sedikit seksaan mereka di akhirat kelak. Apalah sangat jika hendak dibandingkan seksaan didunia ini dengan seksaan diakhirat kelak yang kita sendiri tak dapat nak bayangkan melalui penceritaan Al-Quran.

Sedikit pesanan dari aku untuk korang manusia, cubalah untuk istiqomah dalam melakukan perubahan diri. Aku juga sedang melalui proses itu, cubalah walaupun ianya payah, lawanlah segala hasutan syaitan yang berbisik dekat telinga kiri dan kanan korang, tepislah mereka. Tak mustahil satu hari nanti korang akan jadi orang yang dapat mengawal diri daripada terilbat sama dengan hasutan hasutan syaitan. Takde perkara yang tak boleh dalam muka bumi ini. Ikutlah kata hati kalau ianya betul dan tidak bertentangan dengan Islam kerana korang tahu apa yang terbaik untuk diri korang.

Korang, janganlah sesekali korang pandang hina pada mereka yang pernah berada ditali gantung atau mereka yang pernah berada di dalam tirai besi, bantulah mereka kerana mereka juga inginkan kejayaan seperti korang. Mereka juga inginkan kebahagiaan yang korang rasa. Kongsilah sama sama kebahagiaan yang korang ada dengan mereka. Ianya tak merugikan diri korang.

Ingat, Allah tak pernah menilai kisah hitam dan kisah hidup seorang manusia. Ynag penting kita sebagai seorang manusia ada usaha untuk berubah.

Wassalam,
cikmint09

Tuesday, October 28, 2014

Siapa Aku nak Lawan Takdir

Assalamualaikum, 
Kalau masa boleh diputarkan semula , aku nak jadi akak , orang yang dapat kasih sayang daripada seorang nenek dan dua orang atok dalam jangka masa yang lama. Seorang yang dapat banyak kenangan manis berbanding cucu-cucu atok yang lain.

Mungkin kalau masa tu aku ada alat mcm doraemon, aku berhentikan masa daripada terus berputar. Aku akan berhentikan sebelum masuknya bulan Jun 2002. Eh apa sikit sikit nak alat doraemon , kau ingat doraemon tu wujud ke azwa? tapi kesah apa kan sebab aku nak benda tu berlaku tapi sebagai seorang khalifah , seorang manusia yang tak mampu nak lawan kuasa sang pencipta aku terpaksa akur dan terima dengan semua ni .

Kehilangan dua insan yang tersayang  dalam masa 3 bulan . cehh pdahal masa tu kecik lagi lebih2 pulak minah ni nak emo , eh tapi kau tau tak hakikatnya aku sayang atok dengan nenek tu macam mana. Dah kalau setiap minggu nak ajak ayah balik kampung, ingat ayah mak takde kerja lain agaknya nak buat . Nak melayan kerenah anak anak yang setiap minggu nak balik kampung , eh sape suruh atok dengan nenek kita best sangat sangat .. sape tak suka kan bila balik kampung , kau masuk rumah je dah bau KFC , ada jajan pulak banyak banyak lepastu kau buka peti ais tu ada pulak air vitagen ..nikmat betul duduk kampung ni .. haha ..

ok kembali kepada cerita asal , pengalaman dan lebih kepada suasana , situasi ketika perginya atok Salleh dari muka bumi ini. Atok menghembuskan nafas terakhirnya di KPJ Johor , alaa hospital yang dekat dengan hutan bandar tu ermm yang dekat dengan RTM . Atok memang ada sakit yang lama dia tanggung , yelah tapi sebab atok ni seorang yang kuat. Kalau dia tak kuat sape pulak nak jaga nenek yang lagi teruk menanggung sakit . Pokteh pulak kerja tak menentu , yelah pemandu lori bukan tentu bila cuti , perjalanan lama ke tak , kena hantar barang ke utara semua .

Pagi 26.6.2002, macam biasalah kan bangun pagi siap nak pergi sekolah excited jumpa kawan , nak main lari lari dalam kelas , nak nyanyi lagu kat perhimpunan , rutin harian seorang pelajar darjah 1 . Pergi pun macam biasa ayah hantar naik motor lepastu atas motor bergaduh dengan abang . Tapi pagi tu, ayah pesan balik tengahari nanti jangan pergi mana mana sampai abah (pengasuh) datang ambil sebab ayah nak pergi hospital tengok atok . Tapi yang peliknya belum pukul 1 ayah dah masuk pintu kelas aku , dah kenapa pulak dan bertambah lagi pelik ayah masuk kelas tu sir Othman iring . Lepastu cikgu pulak suruh aku kemas kemas barang aku dan boleh ikut ayah balik . Eh, tak ke kau bahagia boleh balik awal lepastu boleh gelakkan kawan kau yang kat dalam kelas . hahaha . Sampai je dekat motor , abang dah ada ,, hekeleh dah kenapa abang pun ikut balik . So, duduk jelah diam diam dekat motor tu kan sebab dah pelik kenapa tak balik rumah pengasuh pulak, petang ni sekolah agama kot .

Sampai rumah je mak kelam kabut suruh salin baju kurung, lepas dah salin baju terus masuk kereta . Aku ikutkan jelah kan tapi ayah cakap nak singgah rumah mak andak ,ambil family dyorg sebab pak andak aku dah dekat hospital tunggu atok sampai rumah . Dengan taktau apa2 ingat atok dah keluar dari hospital , eh sape tak happy go lucky, bolehlah jalan pergi bandar dengan atok . Ha , ok dah amik family mak andak tu ayah teruskan perjalanan sampai kampung , walaupun kita orang semua dah berhimpit macam sardin dalam tu , bayangkanlah yang duduk seat belakang 7 orang, ayah tetap bawak kereta macam nak berlumba . Dalam kereta tu yang aku tau ketawa sakan dengan sepupu , abang .. akak pulak masa ni dekat asrama lagi.

Saat paling aku malas nak ingat dalam kamus hidup aku, paling tak suka untuk aku ingat tapi terpaksa sebab ianya kenangan untuk aku , sampai rumah atok dekat ,, ramai sangat orang ,jiran jiran atok ada, orang kampung ada , tapi aku tak dapat agak apa2 langsung ,, masuk rumah tengok dekat ruang tamu ada tilam yang di alas kain batik ,, tok usop (jiran atok) tengah menyapu , mokde dengan maklong tak bagi ktorg main lari lari ,, duduk diam je . Dan tiba tiba aku pelik , aku hairan kenapa ada tempat mandikan jenazah dekat depan rumah ni , siapa yang nak kena mandikan dalam tu . tak lama tu, mokde bagitahu kami, cerita dekat kami yang atok dah pergi tinggalkan semua orang, tinggalkan dunia , atok akan ditanam dalam tanah nanti . Aku masih ingat, takde seorang pun adik beradik ayah mahupun atok leha (nenek) yang menangis masa tu.

Memori aku tak dapat ingat sikit pun ketika atok sampai rumah dan apa yang berlaku lepas tu, aku hanya mampu ingat masa atok nak di bawa ke tanah perkuburan, dan aku taktau kenapa aku nak sangat ikut naik van jenazah tapi semua orang tak bagi dyorang cakap sebab aku kecik lagi , tapi orang orang tau tak yang aku nak atok aku sebenarnya, taknak pisah dengan atok . Tanpa semua orang duga, selepas aku pujuk mak, ayah , pengasuh aku yang aku nak ikut tapi takde sorang pun layan, aku buat tindakan yang di luar jangkaan semua orang , Ketika orang ramai ramai dekat rumah atok ,van yang bawa atok tu bergerak menuju ke destinasi ,aku kejar van tapi mak tahan aku . Bila van hilang dari pandangan, aku gulingkan diri aku dekat jalan tar depan rumah atok, dari atas bukit sampai ke simpang tiga tu, dan aku menangis meronta2 dekat jalan sebab aku nak ikut atok tapi semua orang tak bagi, sorang demi sorang datang pujuk aku untuk naik rumah atok ,, entah orang ke berapa datang dekt aku dan janji nak bawa aku ke sana, aku senyap kemudian ikut orang tu , tapi sebenarnya orang tu tipu aku , dia tipu aku , tak bawa aku jumpa atok pun . mungkin bagi dia "alaaaa budak kecik, takpe" .. tapi tidak bagi aku

Atok, sekarang dah 2014 , dah 12 tahun atok tinggalkan ktorang semua , kalau atok hidup lagi, atok dah dapat cicit tau atok , kak wani dah ada anak , Hana Qaireen Fateha cicit sulung atok . Mesti atok orang paling bahagia nak sambut dia selain mak ayah dan kami semua. Atok, keluarga besar atok semua sihat, semua ceria ceria , kami ceria tak bermakna kami lupakan atok, Maklong, ayah, mokde, pak andak, pokteh, pakcik dengan mksu selalu cerita pasal atok dengan atok leha dekat kami. Dalam cerita dyorg semua mesti ada perkataan "abah, mak" .Balik kampung, pandang bilik atok, banyak kenangan dekat situ. Dekat rumah mokde, rumah pakcik, rumah atok .. ada gambar atok besar ktorg frame. kalau rindu, ktorang tengok gambar tu . Mokde selalu cakap "atok korang mesti suka tengok korang macam ni" . Atok tau tak, rindunya kami semua dekat atok, kami tau atok mesti ada dekat tempat yang mulia di sisiNYA . kami semua dah tak mampu nak dapat kasih sayang seorang atok, tapi kami tahu atok sayang kami walaupun atok tak sempat nak tengok Harith Jauhar, nak tengok Faris membesar tapi kami tau atok sayang kami . Kami pun nak atok tau yang kami sayangkan atok sangat. Atok adalah atok yang terbaik dalam hidup kamus azwa . Azwa sayang atok .

Damailah atok disana bersamaNYA
AL- FATIHAH
22.6.2002
HJ. SALLEH BIN BAKRI

Al-Fatihah

setiap yang hidup pasti akan kembali kepdaNYA juga ..lumrah kehidupan kita sebagai seorang manusia ..

Al-Fatihah untuk ibu sahabat baik wawa iaitu Sadiah binti Yakob ibu kepada Fatin Najihah Binti Ismail yang telah kembali kerahmatullah pada hari ahad 15.12.2013 jam 7.50 pagi ..yakinlah setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya ..

wawa dah anggap arwah macam mak wawa sendiri ..selalu pergi rumah atin tidur sana ..atin pun selalu datang rumah wawa and tidur ..mak ktorang berdua kawan baik ..kalau mak wawa takde rumah anf hujung minggu tu ada tusyen masa form5 mesti tumpang rumah atin untuk tidur walaupun rumah ktorang jauh yang dorang tenggaroh 4 lagi seorang tenggaroh 6 ..wawa dah anggap atin macam kembar wawa sendiri ..selalu kongsi masalah bersama ..ketawa bersama ..menangis bersama ..bila atin kehilangan insan yang paling dy sayang wawa turut terasa ..harap atin tabah dan kuat demi ayah, yong, kak biha dan ilyasa ..

masih ingat lagi masa majlis perkahwinan akak 14.12.13 ..wawa tertunggu atin datang rumah ..tak sabar nak jumpa dia ..dah lama tak jumpa ..tunggu dan tunggu sampai lah ke petang family atin tak datang ..mak wawa sendiri tanya "ADIK, CIK SADIAH DENGAN ATIN TAK DATANG EA?" ...wawa hanya jawab dyorg balik segamat kot mak ..atin takde mesej pulak .. tetiba tergerak hati nak tengaok fon yang tengah cas dalam bilik lebh kurg pukul 5 lebih gitu .. ada mesej dari atin "WAWA..MAAF EA X DPT DATANG..MAK ATIN MASUK ICU..MAAF SANGAT" ..allahuakbar ..aku balas mesej atin dalam keadaan risau ..hati dh tak sedap masa tu ..laju je lari ke luar rumah cari mak ..bgtahu mak kenapa atin dengan mak dy tak datang ..
mak agak pelik jugak sebab kebiasaanya bila mak atin masuk hospital mesti mak dy bagitahu mak ..dyorg suka kongsi masalah dyorang ...macam wawa dengan atin jugak ..

esoknya pagi2 atin dah tepon wawa dalam pukul 8 pagi..atin cuma cakap "WAWA,MAK ATIN DAH TAKDE ..KEBUMI KAT KEMELAH..ATIN BRU ODW PG HOSPITAL" ...aku tercengang ..taktau nak cakap apa ..aku rasa mcm mimpi ..macam tipu je ..dlm masa yang sama aku pikir mcm mana nak bgtau mak yang kawan baik mak dh takde ..dh pergi tinggalkan dunia untuk selama-lamanya ...aku tarik nafas dalam-dalam terus je bgtahu mak perkara ni...mak terkejut ..muka mak berubah drpd tadi kami ketawa-ketawa terus berubah serius masing-masing ..aku buntu ..aku cuma ingt nak bgtau TRIPLED C,,..tefon semua orang tak angkat ..nasib baik atin najwa angkat ..terus bgtau dy dan mnx tolong dy btau yang lain ..aku dh risaukan atin ..aku tau dy perlukan someone tapi aku jauh ..habis je talian aku dengan atin najwa ...mak cakap "MAK DAH TAKDE KAWAN BAIK LAGI LEPAS NI" ..air mata aku makin laju turun ..

semoga cik mail, kak yong, kak biha ,atin, dan ilyasa tabah untuk berdepan dengan semua ni..teruskan hidup.. atin ..buatlah mak atin bangga dengan diri atin walaupun mak dah tade depan mata atin..pasti mak bahagia tengok atin berjaya ..wawa sentiasa ada di belakang atin untuk support atin ..kuatkan diri demi ahli keluarga yang lain ...sayg atin lebih ..SENSENIT LOVE BULAT..

gambar kenagan raya terakhir mereka sekeluarga

AL-FATIHAH

peliharalah

assalamualaikum pembaca semua ..alhamdulillah dapat juga meluangkan sedikit masa untuk menulis seidkit coretan dalam blog tercinta ni ..semenjak dah kembali kepada kehidupan seorang siswi masa agak terbatas ..jadual akan dipenuhi assigment ,group project dan tak lupa berkepochi with honeyy bunny tersayang ..kembali kepada tajuk ..PELIHARALAH ??apakah itu ?pelihara apa ??jomlah ramai-ramai kita pelihara aurat kita ..



semua orang yang bergelar islam tu tahu bahawa aurat wajib ditutup ..dipelihara ..baik lelaki atau perempuan ..aurat perempuan adalah semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan manakala lelaki pula dari pusat ke lutut ...oh kat sisni nak cerita sikit pengalam diri sendiri ..

Bukan senang nak berubah ..hati kena kuat ..fizikal ..mental perlu kukuh ..diri aku sendiri tak terjaga auratnya ..jujur aku katakan ..masa tingkatan 1 ..memang aku pakai tudung ..ye tapi pakai yang ikut mood ..sesuka hati aku je kan ?time pergi holiday dengan family reti pakai tudung tu ..ingat orang tak kenal lah ..wal hal ALLAH tu nmpak je apa aku buat ..Malaikat kiri kanan aku catit je semua amalan aku ..tak tertinggal satu detik pun apa aku buat ..taktau agaknya ayah dengan mak sedih tengok anak dy macam tu ..

Dan ..alhamdulillah naik tingkatan 2 aku mula istiqamah pakai tudung ..bila dah mula istiqamah pakai tudung bab pakaian pulak ..orang kata asal baju ..asal muat ..asal tutup badan ..huh ..teruk betul ..akak pulak sama saiz baju dengan aku ..so apa lagi kitorang gunakan istilah 'SHARING IS LOVING' ..ha amek kau gitu ..baju akak baju aku ..baju aku baju akk ..aku menutup aurat tapi tidak sempurna aurat yang aku tutup tu ..pakai tudung tapi baju aku pakai lengan pendek ..baju yang aku pakai hanya muat2 untuk badan ..

sekali lagi Allah bantu aku ..buka mata aku..buka pintu hati aku masa akhir tingkatan 4 ..aku rasa kagum bila tengok rakan baik aku berubah ..senior-senior kat sekolah berubah ..aku cemburu dengan mereka ..hati mereka sungguh tabah ..orang-orang sekeliling mereka ada yang mengata belakang mereka tapi mereka cekal ..mulai haritu aku letak satu azam ..aku juga boleh jadi seperti mereka ..

aku masih ingat balik rumah masa itu aku terus buka almari aku ..almari mak ..aku cari stokin ..sarung lengan ..aku hanya pandang dan kemudian aku simpan ..aku mula fikir dari mana aku nak bermula ..dan aku bermula bila pergi shopping dengan family ..aku dh tak cari seluar jeans dengan alasan tak minat ..ceh ..padahal sebelum ni pakai je ..hehe ..aku hanya beli kain ..blouse pulak aku agak cerewet ..kalau sebelum ni saiz s ..sekarang saiz m ..berusaha keluar jalan dengan pakai sarung lengan dan stokin ..pertama kali aku keluar jalan pakai stokin akk aku sendiri agak pelik ..dy tegur tapi aku senyum je ..aku berharap dy paham maksud di sebalik senyuman aku tu ..mugkin akak perasan dari situ ..

alhamdulillah family support aku untuk berubah ..aku ketepikan semua apa orang cakap ..aku yakin pada diri aku yang aku juga boleh berubah kepada yang lebih baik ..bermula drai bawah secara perlahan2 ..in sha allah ..allah bantu ..dan sekarang ..keluarga sendiri dah tau citarasa baju pilihan aku ..kalau shopping dengan kakak pun dy sendiri akan cakap 'eh ..adik baju ni labuh ..besar pulak tu ..kau kan minat labuh-labuh ni' ..macam tu jugak beli tudung mesti aku akan tanya akk aku "akk ,kau rasa tudung/shawls ni besr tak?panjang tak?agak2 ok tak kalau pakai ?dpt cover ?" ..ye ..bersyukur dapat keluarga yang memahami ..akk akan belikan aku jubah or baju yang besar2 kalau dia nak bagi ..dia prnah cakap kalau kecik2 nanti aku yang pakai ..

manakah stage diri kita wahai muslimah ?diri aku masih mengejar yang n0 8 ..in sha allah ..perlu istiqamah 

sampai sekarang diri aku masih belajar untuk menjadi seorang muslimah ..bergaya mengikut syariat ..ayah adalah orang yang aku selalu ajukan soalan ..terima kasih ayah ..mak ..akak ..abang sebab faham keadaan adik ..terima kasih yang membantu ..kita semua mampu mengubah diri sendiri ..cuma kita perlua kuat mental dan fizikal ..jangan lupa jaga hati :)

lastly ..aku ingin berkongsi carta mahram untuk aurat perempuan ..jangan lupa juga jagan aurat kita dengan meraka yang bukan beragama islam .. :)

tekan bagi pembesaran

JOM PELIHARA DIRI :)

kembali zaman kanak-kanak

Assalamualaikum

oh ye ..sejak kebelakangan ni hati aku ni asyik rindukan zaman dahulu kala ..zaman aku baby, tadika, sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah ..dan mulalah rasa sayu masa tu ..tiba-tiba je nanti tahu air mata dah keluar ..alahai tisu sangat hati ni ..ehem ..ehem ..bukan aku "gembeng" tau tapi terlebih tisu je ..mesti ada yang akan cakap "eleh itu pun nak nangis minah ni..ngafe-ngadenya" ..aku tak kesah korang nak cakap apa sebab aku memang macam ni ..biasalah bila dah teringat zaman-zaman ni semua mulalah dalah hati berkata "kalaulah ada doraemon kat dunia ni" ..arghhh sungguh fantasi pemikiran aku ..aku sungguh merindukan suasana tu ..ye ..tak banyak masalah yang perlu di fikirkan ..hanya tahu senyum ..ketawa ..dan menangis bila permainan yang diminta tak ditunaikan ..

aku nak kongsi cerita dengan korang masa zaman sekolah rendah aku ..darjah 1 sampai darjah 3 aku sekolah di sekolah lain..darjah 4 hingga darjah 6 di sekolah lain ..ok ..kali ni aku nak cerita masa umur aku 10 hingga 12 tahun ..oh ye masa tu aku menuntut ilmu di SEKOLAH RENDAH TENGGAROH 4 ..masih aku ingat hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah berkenaan ..aku siap punyalah awal bersemangat nak pergi sekolah baru ..jumpa kawan baru ..abang yang lambat pun aku marah ..padahal sekolah depan rumah ..belum pukul 7 aku dah siap depan pintu rumah pakai kasut sekolah ..tunggu abang siap ..sarapan pun mak bawakkan ke depan pintu ..nampakkan terlebih excited ..

bila dah sampai sekolah ..alahai punyalah malu nak tegur kawan-kawan baru padahal dah kenal dari tadika ..cuma berpisah 3 tahun je ..aku jadi segan nak tegur mereka ..beratur dalam barisan di tapak perhimpunan pun duduk belakang-belakang ..bila dah berminggu-minggu dekat sekolah tu baru dapat meneyesuaikan diri ..barulah rapat dengan mereka semua ..pegang jawatan sebagai seorang pengawas sekolah ..pengawas sekolah yang kadang-kadang tidak boleh dijadikan sebagai contoh untuk murid lain ..maklumlah tak semua peraturan sekolah aku ikut ..


Abaikan budak yang berbaju uniform sekolah tu ..alahai ..selekehnya aku dulu ..hehe ..yang berbaju biru dan bertudung biru tu adalah guru kesayangan aku ..Puan Siti Mariam ..cikgu siti ajar kita orang bm ..cikgu ni banyak bantu aku ..banyak nasihat yang dia beri kat aku ..sampai sekarang dia masih mengajar di sekolah yang sama ..masih aku ingat kenangan dengan cikgu siti ..ni lah cikgu yang paling aku fevret waktu sekolah rendah ..


yang berspec dan tengah duduk tu adalah cikgu math yang paling aku kagum ..cikgu yang paling sporting ..kami semua dah anggap cikgu-cikgu semua adalah ibu bapa kami ..hobi cikgu hassan pulak setiap kali habis kelas pasti kami akan salam cikgu ..dan jari cikgu akan sediakan sepit ..bila kami salam cikgu pasti cikgu akan sepit hidung kami sampai merah ala-ala badut gitu ..cikgu hassan yang buat aku suka sangat dengan subjek math ..kalau nak aku cerita setiap seorang cikgu yang ajar aku ..korang boleh jadi bosan ..yang ada ni pun mungkin dah bosan ..aku hanya mampu ucapkan terima kasih untuk semua cikgu ..tanpa mereka tak mungkin aku dapat menuruskan pengajian aku sehingga ke menara gading ..izinkan aku bercerita mengenai sahabat-sahabat sekolah rendah aku ..aku rindukan mereka ..

 intan, fatin najwa ,siti hazwa
anis, miza, suhaili
 nilah kawan-kawan aku ..aku masih ingat setiap hari khamis sebelum balik rumah mesti ada yang akan ingtkan untuk mintak ayah duit belanja lebih untuk hari jumaat ..bukan apa ..kami semua nak makan nasi ayam mak yah dan pak mat ramai-ramai ..rindunya kenangan itu ..dan paling aku tak lupa gelaran "kecik" yang korang berikan untuk aku masih melekat sampai sekarang padahal hakikatnya aku dah besar ..hehe


 ini pula kisah jamuan akhir tahun darjah 6 kami ..semua berselendang bagai kan ?haha ..masa tu semua cari selendang ..yang takde selendang dekat rumah sibuk ajak mak dan ayh keluar ke bandar untuk cari selendang ..nak pakai sama-sama dengan kawan ..nak cantik sama-sama dengan kawan ..walaupun pada hakikatnya kami pakai senget-senget ..hehe
dan gambar yang terakhir ini adalah gambar bersama junior-junior yang comel ..gambar ketika lawatan di KL ..oh ye ..andai ada sesiapa yang ada alat seperti doraemon ..tolonglah kembalikan aku pada waktu ini ..pada tahun ini ..aku rindukannya ..walaupun kita semua dah tak serapat dulu tapi aku harap kita tak terputus hubungan dan mugkin satu hari nanti kita berkumpul semula dah ada yang dah berubah ..sayang korang ..

friendship

Hai assalamualikum ...
setelah bertahun-tahun menyepikan diri dengan dunia blog akhirnya aku muncul kembali ..setelah berminggu-minggu merajuk dengan Pakcik Google,Makcik Google Chrome ..akhirnya En.Internet Explorer membantu aku menyelesaikan masalah dengan blogspot ni ..sayang En.Internet Explorer lebih ..bagi kiss sikit sama En.Internet Explorer.. So, hai blogger-blogger yang comel dan handsome ,readers-readers yang kiut miut dan segak bergaya ..aku nak ucapkan 

selamat membaca di blog serba pinky dan purple ni..enjoy ya
Oh ya ..tak usah rasanya nak bebel panjang berjeler-jeler ..kembali pada tajuk di atas "FRIENDSHIP" atau dalam bahasa melayunya "PERSAHABATAN" ..apa yang korang-korang paham tentang persahabatan ?? sahabat, kawan, rakan atau teman semuanya bagi maksud yang sama ..Betapa beruntungnya kita bila ada seorang teman yang memahami kita ..Seorang teman yang mengharapkan kejujuran dan keikhlasan sebagai seorang sahabat ..Kadang-kadang apa yang kita lalui demi teman amat memenatkan dan menyakitkan ..tapi itulah yang akan menjadikan persahabatan mempunyai nilai yang tersangat indah ..Persahabatan ni sering dihiasi dengan cubaan tetapi persahabatan yang sejati mampu untuk menangani cubaan malah berkembang mekar bersama dengannya ..




gambar kat atas ni gambar terakhir kita orang tusyen masa tingkatan 5 ..masa tu semua bengkak-bengkak mata ..yelah masing-masing akan berpisah jauh untuk kejar cita-cita tersendiri ..apa yang aku nak kongsi dengan korang sebenarnya pasal dua sahabat aku yang kat atas ni ..dua-dua orang aku kenal masa awal tingkatan 4 ..pada mulanya tak rapat sekadar classmate tersayang ..tetapi dengan satu peristiwa yang berlaku dalam kamus hidup kami bertiga ..kami menjadi sahabat ..ye ..mereka selalu bagi aku semangat ..mereka tak lupa nak ingatkan diri aku supaya cuba untuk menjadi seorang yang solehah ..walaupun sekarang ni masing-masing merantau ..seoarang di matrik tangkak ..seorang di kolej profesional mara bandar penawar dan aku di uitm segamat ..tapi jarak tak pernah pisahkan aku dengan mereka ..andai ada masa walau sesibuk mana aku cuba untuk curi masa mesej ,whatapps atau wechat mereka ..mereka lah yang buat aku kembali kepada dunia nyata ketika aku sedang sedih dihanyut masalah dunia ..terima kasih kerana sudi menjadi seorang sahabat untuk diri aku ..aku sayang korang ..jaga diri dekat tempat orang ..semoga capai cita-cita ..aku rindukan kenangan kita ..





gambar yang dua atas ni pulak teman-teman aku ..ya ..kami buat baik bersama ..buat jahat bersama ..masuk kelas lambat bersama ..makan waktu rehat penuhkan satu meja ..bising bersama dalam erti kata lain suka bersama2 walaupun kemana-mana tetapi ke tandas kami tidak bersama ..hehe ..setiap orang ada personaliti yang berbeza ..perangai yang berlainan ..bukan mudah kami nak memahami antara satu sama lain tapi kami berusaha ..jika ada berlaku sedikit salah faham dengan pantasnya kami akan buat meja bulat untuk luahkan ketidakpuas hati setiap seorang ..dan masa tu dengan lajunya air mata masing-masing keluar bagai air paip ..kami akan cuba selesaikannya ..setiap seorang ada nama gelaran yang unik ..hobi kami pula andai seorang bawa choka choki dan makan senyap-senyap yang lain pasti dapat hidunya ..ye ..aku rindukan tu semua ..aku rindu nak dengar bebelan korang berlapan setiap hari ..
"wawa..makan tau rehat ni"
"wawa ..taknak makan aku suapkan"
"wawa jangan lupa makan ubat tau"
"petang ni jom balik lambat semua"
"korang pergi pasar lepas kelas nak tak?"
"tengah hari ni kita makan pisang goreng dengan abc nak tak?"
aku rindukan semua tu ..aku harap hubungan persahabatan kita tak terhenti sampai di sini ..sayang korang ..

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik