Pages

Tuesday, October 28, 2014

friendship

Hai assalamualikum ...
setelah bertahun-tahun menyepikan diri dengan dunia blog akhirnya aku muncul kembali ..setelah berminggu-minggu merajuk dengan Pakcik Google,Makcik Google Chrome ..akhirnya En.Internet Explorer membantu aku menyelesaikan masalah dengan blogspot ni ..sayang En.Internet Explorer lebih ..bagi kiss sikit sama En.Internet Explorer.. So, hai blogger-blogger yang comel dan handsome ,readers-readers yang kiut miut dan segak bergaya ..aku nak ucapkan 

selamat membaca di blog serba pinky dan purple ni..enjoy ya
Oh ya ..tak usah rasanya nak bebel panjang berjeler-jeler ..kembali pada tajuk di atas "FRIENDSHIP" atau dalam bahasa melayunya "PERSAHABATAN" ..apa yang korang-korang paham tentang persahabatan ?? sahabat, kawan, rakan atau teman semuanya bagi maksud yang sama ..Betapa beruntungnya kita bila ada seorang teman yang memahami kita ..Seorang teman yang mengharapkan kejujuran dan keikhlasan sebagai seorang sahabat ..Kadang-kadang apa yang kita lalui demi teman amat memenatkan dan menyakitkan ..tapi itulah yang akan menjadikan persahabatan mempunyai nilai yang tersangat indah ..Persahabatan ni sering dihiasi dengan cubaan tetapi persahabatan yang sejati mampu untuk menangani cubaan malah berkembang mekar bersama dengannya ..




gambar kat atas ni gambar terakhir kita orang tusyen masa tingkatan 5 ..masa tu semua bengkak-bengkak mata ..yelah masing-masing akan berpisah jauh untuk kejar cita-cita tersendiri ..apa yang aku nak kongsi dengan korang sebenarnya pasal dua sahabat aku yang kat atas ni ..dua-dua orang aku kenal masa awal tingkatan 4 ..pada mulanya tak rapat sekadar classmate tersayang ..tetapi dengan satu peristiwa yang berlaku dalam kamus hidup kami bertiga ..kami menjadi sahabat ..ye ..mereka selalu bagi aku semangat ..mereka tak lupa nak ingatkan diri aku supaya cuba untuk menjadi seorang yang solehah ..walaupun sekarang ni masing-masing merantau ..seoarang di matrik tangkak ..seorang di kolej profesional mara bandar penawar dan aku di uitm segamat ..tapi jarak tak pernah pisahkan aku dengan mereka ..andai ada masa walau sesibuk mana aku cuba untuk curi masa mesej ,whatapps atau wechat mereka ..mereka lah yang buat aku kembali kepada dunia nyata ketika aku sedang sedih dihanyut masalah dunia ..terima kasih kerana sudi menjadi seorang sahabat untuk diri aku ..aku sayang korang ..jaga diri dekat tempat orang ..semoga capai cita-cita ..aku rindukan kenangan kita ..





gambar yang dua atas ni pulak teman-teman aku ..ya ..kami buat baik bersama ..buat jahat bersama ..masuk kelas lambat bersama ..makan waktu rehat penuhkan satu meja ..bising bersama dalam erti kata lain suka bersama2 walaupun kemana-mana tetapi ke tandas kami tidak bersama ..hehe ..setiap orang ada personaliti yang berbeza ..perangai yang berlainan ..bukan mudah kami nak memahami antara satu sama lain tapi kami berusaha ..jika ada berlaku sedikit salah faham dengan pantasnya kami akan buat meja bulat untuk luahkan ketidakpuas hati setiap seorang ..dan masa tu dengan lajunya air mata masing-masing keluar bagai air paip ..kami akan cuba selesaikannya ..setiap seorang ada nama gelaran yang unik ..hobi kami pula andai seorang bawa choka choki dan makan senyap-senyap yang lain pasti dapat hidunya ..ye ..aku rindukan tu semua ..aku rindu nak dengar bebelan korang berlapan setiap hari ..
"wawa..makan tau rehat ni"
"wawa ..taknak makan aku suapkan"
"wawa jangan lupa makan ubat tau"
"petang ni jom balik lambat semua"
"korang pergi pasar lepas kelas nak tak?"
"tengah hari ni kita makan pisang goreng dengan abc nak tak?"
aku rindukan semua tu ..aku harap hubungan persahabatan kita tak terhenti sampai di sini ..sayang korang ..

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik