Pages

Tuesday, October 28, 2014

kembali zaman kanak-kanak

Assalamualaikum

oh ye ..sejak kebelakangan ni hati aku ni asyik rindukan zaman dahulu kala ..zaman aku baby, tadika, sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah ..dan mulalah rasa sayu masa tu ..tiba-tiba je nanti tahu air mata dah keluar ..alahai tisu sangat hati ni ..ehem ..ehem ..bukan aku "gembeng" tau tapi terlebih tisu je ..mesti ada yang akan cakap "eleh itu pun nak nangis minah ni..ngafe-ngadenya" ..aku tak kesah korang nak cakap apa sebab aku memang macam ni ..biasalah bila dah teringat zaman-zaman ni semua mulalah dalah hati berkata "kalaulah ada doraemon kat dunia ni" ..arghhh sungguh fantasi pemikiran aku ..aku sungguh merindukan suasana tu ..ye ..tak banyak masalah yang perlu di fikirkan ..hanya tahu senyum ..ketawa ..dan menangis bila permainan yang diminta tak ditunaikan ..

aku nak kongsi cerita dengan korang masa zaman sekolah rendah aku ..darjah 1 sampai darjah 3 aku sekolah di sekolah lain..darjah 4 hingga darjah 6 di sekolah lain ..ok ..kali ni aku nak cerita masa umur aku 10 hingga 12 tahun ..oh ye masa tu aku menuntut ilmu di SEKOLAH RENDAH TENGGAROH 4 ..masih aku ingat hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah berkenaan ..aku siap punyalah awal bersemangat nak pergi sekolah baru ..jumpa kawan baru ..abang yang lambat pun aku marah ..padahal sekolah depan rumah ..belum pukul 7 aku dah siap depan pintu rumah pakai kasut sekolah ..tunggu abang siap ..sarapan pun mak bawakkan ke depan pintu ..nampakkan terlebih excited ..

bila dah sampai sekolah ..alahai punyalah malu nak tegur kawan-kawan baru padahal dah kenal dari tadika ..cuma berpisah 3 tahun je ..aku jadi segan nak tegur mereka ..beratur dalam barisan di tapak perhimpunan pun duduk belakang-belakang ..bila dah berminggu-minggu dekat sekolah tu baru dapat meneyesuaikan diri ..barulah rapat dengan mereka semua ..pegang jawatan sebagai seorang pengawas sekolah ..pengawas sekolah yang kadang-kadang tidak boleh dijadikan sebagai contoh untuk murid lain ..maklumlah tak semua peraturan sekolah aku ikut ..


Abaikan budak yang berbaju uniform sekolah tu ..alahai ..selekehnya aku dulu ..hehe ..yang berbaju biru dan bertudung biru tu adalah guru kesayangan aku ..Puan Siti Mariam ..cikgu siti ajar kita orang bm ..cikgu ni banyak bantu aku ..banyak nasihat yang dia beri kat aku ..sampai sekarang dia masih mengajar di sekolah yang sama ..masih aku ingat kenangan dengan cikgu siti ..ni lah cikgu yang paling aku fevret waktu sekolah rendah ..


yang berspec dan tengah duduk tu adalah cikgu math yang paling aku kagum ..cikgu yang paling sporting ..kami semua dah anggap cikgu-cikgu semua adalah ibu bapa kami ..hobi cikgu hassan pulak setiap kali habis kelas pasti kami akan salam cikgu ..dan jari cikgu akan sediakan sepit ..bila kami salam cikgu pasti cikgu akan sepit hidung kami sampai merah ala-ala badut gitu ..cikgu hassan yang buat aku suka sangat dengan subjek math ..kalau nak aku cerita setiap seorang cikgu yang ajar aku ..korang boleh jadi bosan ..yang ada ni pun mungkin dah bosan ..aku hanya mampu ucapkan terima kasih untuk semua cikgu ..tanpa mereka tak mungkin aku dapat menuruskan pengajian aku sehingga ke menara gading ..izinkan aku bercerita mengenai sahabat-sahabat sekolah rendah aku ..aku rindukan mereka ..

 intan, fatin najwa ,siti hazwa
anis, miza, suhaili
 nilah kawan-kawan aku ..aku masih ingat setiap hari khamis sebelum balik rumah mesti ada yang akan ingtkan untuk mintak ayah duit belanja lebih untuk hari jumaat ..bukan apa ..kami semua nak makan nasi ayam mak yah dan pak mat ramai-ramai ..rindunya kenangan itu ..dan paling aku tak lupa gelaran "kecik" yang korang berikan untuk aku masih melekat sampai sekarang padahal hakikatnya aku dah besar ..hehe


 ini pula kisah jamuan akhir tahun darjah 6 kami ..semua berselendang bagai kan ?haha ..masa tu semua cari selendang ..yang takde selendang dekat rumah sibuk ajak mak dan ayh keluar ke bandar untuk cari selendang ..nak pakai sama-sama dengan kawan ..nak cantik sama-sama dengan kawan ..walaupun pada hakikatnya kami pakai senget-senget ..hehe
dan gambar yang terakhir ini adalah gambar bersama junior-junior yang comel ..gambar ketika lawatan di KL ..oh ye ..andai ada sesiapa yang ada alat seperti doraemon ..tolonglah kembalikan aku pada waktu ini ..pada tahun ini ..aku rindukannya ..walaupun kita semua dah tak serapat dulu tapi aku harap kita tak terputus hubungan dan mugkin satu hari nanti kita berkumpul semula dah ada yang dah berubah ..sayang korang ..

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik