Pages

Thursday, October 30, 2014

Tali Gantung

Assalamualaikum ,

Amboi datang mood rajin nak menaip asyiklah nak menaip ye, datang mood malas engkau tu tengok pun tak nak. Biasalah nak menaip ni idea kena ada, mood ke ok kalau mood tu  KO  tak ok apa pun tak jadi ye tak.




Sebenarnya taktau kenapa tiba tiba tajuk "Tali Gantung" ni bermain dalam minda. Banyak sangat persoalan yang bermain dalam fikiran kalau pasal tali gantung. Terlampau banyak . Lumrah kehidupan dekat Malaysia ni, mugkin dekat bumi ni ,,mereka yang di penjara di pandang hina lagilah bagi mereka yang dikenakan hukuman tali gantung, merekan akan dipandang manusia paling jahat yang hidup . Klau nak cerita pasal jahat, syaitan adalah makhluk Allah yang paling jahat . Ini cuma pendapat aku sebab syaitan telah ditugaskan oleh Allah untuk menyesatkan manusia.

Pernah terlintas tak dekat fikiran korang kalau Tuhan tu tahu syaitan akan menyesatkan hambaNya. Tapi kenapa Tuhan tidak menghapuskan saja syaitan syaitan dari muka bumi ini. Bukan ke nanti dengan cara itu tak akan timbul satu pun kejahatan dalam muka bumi ni dan manusia akan tinggal dengan amannya? Bukan ke juga dengan cara itu semua hambaNya akan dimasukkan syurga?

Allah juga bersebab mewujudkan syaitan dekat muka bumi ni. Mungkin dengan adanya syaitan ni Tuhan mahu hambaNya menyempurnakan penghambaan diri kepadanya. Tuhan juga mahu menguji sejauh mana keimanan hambaNya terhadap Dia. Sehebat hebat syaitan, dia tetap akan kalah dengan hambaNya yang beriman dan kuat pegangan agamanya .

Mereka yang akan berada di tali gantung mungkin pada awalnya terhasut dengan hasutan syaitan, imannya tidak cukup kukuh untuk melawan hasutan syaitan. Kalau nak cakap mengenai iman, iman aku juga masih goyah tapi aku cuba perkukuhkanNya. Tapi pengakhian mereka yang berada di tali gantung itu indah.

Apa yang aku maksudkan indah pengakhiran hidup mereka. Ye cukup indah kerana mereka tahu tarikh terakhir mereka berada di muka bumi yang penuh dengan ujian. Beruntungnya mereka kerana mereka dapat melakukan taubat yang bersungguh sungguh dengan harapan Tuhan akan terima taubat mereka, mereka melakukan dengan penuh seribu penyesalan. Taubat ? Kita pun buat solat sunat taubat , mungkin setiap hari, tapi dalm sedar tak sedar kita buat balik perkara yang kita dah janji pada Sang Pencipta yang kita tak mahu ulanginya.

Betul selagi matahari tak terbit dari sebelah barat, taubat kita akan diterima dan Sang Pencipta juga Maha Pengampun. Tapi jika kita bandingkan diri kita dengan mereka yang penghujung hayatnya ditali gantung, mereka melakukan taubat dengan bersungguh dan mereka tentu sekali tak akan mengulanginya. Seksaan didunia untuk mereka telah meringankan serba sedikit seksaan mereka di akhirat kelak. Apalah sangat jika hendak dibandingkan seksaan didunia ini dengan seksaan diakhirat kelak yang kita sendiri tak dapat nak bayangkan melalui penceritaan Al-Quran.

Sedikit pesanan dari aku untuk korang manusia, cubalah untuk istiqomah dalam melakukan perubahan diri. Aku juga sedang melalui proses itu, cubalah walaupun ianya payah, lawanlah segala hasutan syaitan yang berbisik dekat telinga kiri dan kanan korang, tepislah mereka. Tak mustahil satu hari nanti korang akan jadi orang yang dapat mengawal diri daripada terilbat sama dengan hasutan hasutan syaitan. Takde perkara yang tak boleh dalam muka bumi ini. Ikutlah kata hati kalau ianya betul dan tidak bertentangan dengan Islam kerana korang tahu apa yang terbaik untuk diri korang.

Korang, janganlah sesekali korang pandang hina pada mereka yang pernah berada ditali gantung atau mereka yang pernah berada di dalam tirai besi, bantulah mereka kerana mereka juga inginkan kejayaan seperti korang. Mereka juga inginkan kebahagiaan yang korang rasa. Kongsilah sama sama kebahagiaan yang korang ada dengan mereka. Ianya tak merugikan diri korang.

Ingat, Allah tak pernah menilai kisah hitam dan kisah hidup seorang manusia. Ynag penting kita sebagai seorang manusia ada usaha untuk berubah.

Wassalam,
cikmint09

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik