Pages

Wednesday, December 31, 2014

2014

Niat hati aku nak tulis ringkasan perjalnan hidup aku sepanjang 9 tahun aku menjadi belasan, tapi aku fikir 8 bulan lagi baru aku nak masuk 20, so tangguh lah dulu hasrat hati yang tu.

2014? 12 bulan 365 hari. Segala kenangan manis pahit masam manis kelat payau tawar semua ada. 12 bulan ni jugak manusia datang dan pergi dalam hidup aku. Lagi banyak aku belajar tentang hidup, tentang manusia. Kalau bagi Malaysia, banyak ujian dan dugaan yang datang. MH370, MH17, banjir besar di pantai timur, QZ8501 semua tu pasti buat satu negara tersentuh . Ujian yang Dia bagi pasti berhikmah, ada sebab kenapa negara kita dapat ujian sebegitu.

Keluarga. Dyorang sangat penting dalam hidup aku. Jatuh bangun aku dyorang semua sentiasa ada. Alhamdulillah 2014 ahli keluarga aku yag dulunya 5 orang sekarang dah jd 7 orang. Anak buah dah sorang, bijak, cantik, comel in shaa Allah. Hana Qaireen Fateha binti Muhamad Fazrin. Ucu harap Hana dapat jadi anak yang solehah, muslimah yang bijak, dan seorang pemuda yang berjaya menegakkan Islam. Semakin Hana membesar, Hana akan berdepan dengan pelbagai ragam dunia. Pilihlah jalan yang betul dengan bijak sayang. Banyak perkara aku belajar dalam keluarga aku sendiri. Aku yakin semua yang berlaku depan mata aku akan mematang diri aku untuk menempuh perjalanan seterusnya.

Kawan, sahabat, teman. Dyorang datang dan pergi dalam hidup aku. Dari sini aku belajar terlalu banyak dalam perjalanan hidup aku. Turun naik .semua ada. Jasa kalian tak mungkin aku dapat balas. Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk korang semua. Mana yang teman aku whatsapp 24jam, terima kasih untuk semuanya, jadi ayah kedua aku kadang kadang,jadi abg aku kadang2 ..terima kasih untuk masa kau. bagi yang selalu dengar aku gelak macam hantu walaupun oncall terima kasih rajin habiskan kredit kau untuk aku walaupun sebenarnya free, hahahaha. yang dengar aku menangis teresak2 mcm orang apa tu, terima kasih sbb sanggup luangkan masa kau untuk aku luahkan . Terima kasih semua. Aku harap korang tetap ada time jatuh bangun aku. semoga apa yang korang hajatkan semua dapat dicapai . amin .



Terima kasih untuk semua yang pernah hadir dalam diri aku sepanjang 2014 walaupun hanya sehari tapi kenangan yang kita lakar tetap indah bagi aku, maafkan segala khilaf aku untuk yang mengenali aku. Esok bermula perjalanan 2015, lakarkan lah ia dengan sesuatu yang membuatkan diri kau rasa bahagia dan gembiranya kau berada di dunia ni. Selamat melangkah ke tahun yang lebih mencabar.






No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik