Pages

Monday, December 29, 2014

Feeling

Perangai aku entah dari dulu kalau minat kat orang tu aku minat betul. Cop maksud aku, aku minat je tapi tak sayang pun. Nampak kan beza minat dengan sayang tu ? Lagipun nak suruh aku sayang orang yang bukan family aku memang susah tahap apa pun aku taktau. Kalau orang tu berjaya nuat aku sayang dia memang power lah. Hahahahaha .

Dah nak dekat umur 20 tahun ni, apa yang aku dapat simpulkan lah dalam ada aku minat orang tersuka dekat orang hampir nak sayang dekat orang dikecewakan orang semua semua lah adalah JANGAN LETAK HARAPAN TINGGI . ha ambil kau capslock aku bagi . Dia macam ni tau kalau kau minat kat orang tu, tak semestinya  kau boleh dapat dia, kalau kau sayang orang tu, tak semestinya dia sayang kau jugak . tapi boleh jadi jugak lah dia minat kau and dia sayang kau. Not impossible dalam dunia ni .

So, sekarang macam ayah aku cakap, aku dah besar dah boleh buat keputusan tapi hakikatnya aku tau ayah sedapkan hati aku je. Hahahaha. Keputusan yang aku buat better aku rapat je dengan semua orang yang boleh masuk dengan kepala aku, yang bolehfaham sikit sikit perangai aku. Siapa yang rapat dengan aku boleh dikatakan 99.9% nama dyorang tu ayah tau, dan mungkin cuma 80% je nama yang family aku tau sebab aku lagi banyak share dengan ayah,

Ha, ada satu kisah ni aku punyalah bersorok sorok whatsapp ayah nak bgtau  yang aku ada rapat dengan sorang manusia ni sekali kantoi dengan mak. Ntah apa perasaan pun aku taktau lah masa tu sebab boleh kantoi dengan mak. Masalahnya kalau mak dah tau tak sampai seminggu ofcoz satu rumah tu tau. Ceritaya macam ni tau, aku kalau balik rumah Kulai tu memang tak reti nak duduk rumah lagi kalau abang ada rumah aku dia jalan JB.

Tiba2 mak tegur aku "Adik sekarang nak jalan JB je dia" ok aku gelak jelah sekali ayah panggil aku pergi depan tau dia cakap "Dik, maaf mak bukak whatsapp ayah baca rahsia kita" respon aku pulak masa tu "OMG ayahhhh kenapa begini nasib anak mu" .Tapi pandai ar cover balik buat pekak je time satu rumah perli aku. Hahahaha .. Dia macam gua heran apa member je pun.

Selalu orang cakap kalau lelaki dengan perempuan ni jd BFF yang sorang mesti ada perasaan dekat lagi sorang. So setakat ni BFF aku yang lelaki ada  orang dan dua dua tu aku takde perasaan dekat dyorang. Hahahaah . Dengan manusia yang perasan handsome tu aku rapat dengan dia dari kecik kot dari sebelum aku masuk tadika dan sampai sekarang. Kiranya dah berbelas tahun jugak lah. dengan dia ni yang aku paling stress kalau dia tengah couple, makwe dy tu nak jeles aku rapat dgn dia kenapa, ktorg kawan je kot, gedebik kang .hahahaah . Lagi sorang ni aku rapat baru setahun kot, hahaha, Dia dah macam ayah no dua aku .

Cuma aku nak nasihat lah korang korang yang perempuan ni, kalau kau TERsayang orang tu kan, dan kau rasa kau taknak dia terlepas dr tangan kau kau dan kau, kalau berani pergilah jujur je,. Sekian untuk aku merepek pada harini .hahaha

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik