Pages

Thursday, January 1, 2015

Move On

Semua perkara dalam dunia ni kita nak move on. Bila gagal, mesti kita nak move on untuk yang lebih baik. Macam aku pernah mention dalam entry entry sebelum ni, aku jenis yang susah nak sayang orang. Tapi kalau aku dah sayang, aku sayang sungguh sungguh. Even dia kawan aku, aku sayang dia tapi sayang aku pd dia nak sampai 10% pun susah. Ye, memang sbb aku jns manusia yang payah nak sayang orang. Aku sayang kawan aku,sahabat aku, bff aku, teman aku tapi peratus syg untuk dyorg aku je boleh describe.

Pengalaman diri aku sendiri macam mana aku sayang orang tu, orang yang bukan keluarga aku, bukan keluarga pengasuh aku. Cerita ni bagi aku lucu sikit lah tp dari cerita ni korang boleh tau maksud sayang dalam diri aku.hahahaha

Korang selalu dengar cinta monyet. Aku laluinya. masa tu aku darjah 2 ke tiga gitulah. Dia ni classmate aku, pengawas mawas sama macam aku. Masa umur baru darjah 2, darjah 3 mana lah tau nak lafaz ayat cinta cintun ni kan tapi ni pun kira advanced lah. hahaha. Sejak bila rapat dengan dia pun aku tak tau lah. hahahaha. Kita orang rapat masa tu sampai cikgu cikgu tahu. Mana taknya orang waktu rehat bertugas aku dengan dia bertugas jugak tapi kita org suka buat kerja tu saing, sekejap pg tengok kawasan dia kena jaga kang kejap lagi pg tempat aku kena jaga. suka hati je mak jemah ni kan. hahaha

Boleh dikatakan 2 kali seminggu kot aku akan dapat bunga dari dia, tak kesah lah bunga apa pun, bunga raya ke bunga ros ke bunga kertas ke yang penting bunga. tapi bunga tahi ayam tak pernah dpt lagi lah. hahaha. Setiap hari pulak aku akan dapat surat yang dia letak dengan bedak wangi wangi , dalam surat tu tulis ntah pape je.

 Sampai satu tahap ni, dia dapat no 1 dalam kelas, aku pulak dpt no 2 dalam kelas. Lepas tu dia bagi aku no 1 dia dan dia amik no 2 aku sebab taknak aku kena marah dengan ayah. Ayah aku seorang yang sangat sangat tegas. Time cikgu takde aku dgn dia bukan nak jaga kelas tapi kita org pergi library baca buku cerita sama sama, main kira kira,..Kalau kau tau apa tu maksud kenangan, hahahahaha.

Darjah 4 aku pindah sekolah lain so kiranya kita org terputus hubungan lah kan, zaman dulu wey mana ada fon. ada pun public fon tu ha dengan tepon rumah. Sekolah baru aku dengan dia taklah jauh mana. Kiranya kalau ada kem motivasi tu ktorang still bertembung tp nak tegur tu tak lah. masing masing malu. Masa ni pun aku still tak paham apa tu bercinta, apa tu sayang tapi entahlah korang describe lah sendiri cerita aku ni bila dah sampai hujungnya.

Masuk alam sekolah menengah. Aku perasan dia masa orentasi. Dia kelas sebelah kalau tak mungkin satu kelas tapi dia tak ambil arab. Tak kesahlah yang tu. Time rehat dia tanya aku ni betul ke azwa. kita orang tegur setakat tu je pun .hahaha, ntah pape je budak berdua ni.

 Tak sampai sebulan aku sekolah SMKTA, aku pindah sekolah dekat kulai. Makin jauh jarak kita org, Memang kita org takde contact ke apa. Lepas PMR ntah dari mana dia dpt no aku pun tak tau lah. Kau tau tak happy dia tu macam mna bila org yang kau tunggu bertahun tahun tu mesej kau. nak lompat ada, nak guling guling gembira ada. Perasaan tu tak boleh nak describe sebenarnya.

Mesej punya mesej ntah macam mana boleh dia mintak couple, eh gembiranya hati masa tu tapi aku fikir jugaklah keputusan aku buat tu nanti betul ke tak, So dari sini aku kenal erti cinta, Perasaan masa tu sape tak happy wey org yang kau tunggu bertahun2 dengan kau sekarang. Tapi kita orang couple tak lama. cuma setahun je.

Lepas aku putus dengan dia, aku sedih sangat. Dari situ aku rasa aku sedar sebenarnya aku sayang dia. Dari darjah 2 sampai tingkatan 4? start dari sini aku nak move on. nak terima yang dia dah ada org minat dia. Ayien banyak bebel kat aku .tapi dalam bebel dia tu sakitkan hati aku. ayat ayien pun "lek wa,ada jodoh tak ke mana,doa"

 korang boleh bayangkan tak tengah rehat2 dengan ayien ni nak tunggu tusyen petang dengan ada classmate kau lagi, ayien tu pergi cakap "Wa, aku baru perasan kasut sekolah kau sama dengan dia". act aku pun taktau sama sebab dia sekolah dekat teknik pontian masa form4 tu, dengan ayat ayien bagi tu aku boleh nangis! gila ke apa aku padahal cuma cakap kasut sama je pun nak nangis.

eh, korang tau sayang tu macam mana, susah aku nak tak sayang dia ni. lama jugak aku amik masa nak lupakan sejarah silam kenangan pahit manis kelat payau aku dengan dia. lebih kurang setahun baru aku dpt lupakan sikit demi sikit. orang cakap baru dapat move on

Sekarang alhamdulillah, aku dengan dia still kawan, terserempak dekat pasar malam pun masih bertegur, jumpa mak dia pun aku salam jugak, dia pun macam tu. ya ,, sebab cerita kta orang tersangat lama. Dia pun ada kehidupan sekarang, aku harap cita2 dia tercapai. dan paling penting aku dah takde rasa sayang dekat dia.

seingat aku dia nilah makhluk yang betul2 aku sayang lepastu ada rasa nak bercinta, then sekarang belum ada rasa nak cari ganti lagi, pernah jugak couple dengan orang lain tapi aku takde hati pun dengan mamat tu,hahaha ,,saje je org cakap, sebab orang paksa aku couple dengan dia dan aku pun ikut je, bongoknyaaaa lahai. hahahahahaha.

kesimpulan aku nak buat dalam diri aku, jangan bagi aku sayang orang sebab bila aku dah sayang aku akan sayang sungguh sungguh. dan sebab tu aku payah nak sayang orang, sebab aku taknak benda yang sama berulang dalam diri aku. Biarlah aku sayang yang akan datang ni sampai akhir hayat aku dan dia adalah suami aku nanti .


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik