Pages

Friday, October 2, 2015

Yang Mekar Tetap Akan Layu
















"Kenapa nak suka bunga? "

"Kenapa tak coklat? "

"Kenapa suka orang bagi bunga, dapat bunga tu macam dapat rumah dengan duit berbilion je."

" Kan bagus kalau jambakan bunga tu ganti dengan jambakan coklat, boleh makan, tak layu tapi kita kenyang"

cop cop, wait guys! itu ikut hak memasing nak suka apa, bunga ke coklat ke baju ke daun ke rumput ke gula-gula ke tomato ke.

kalau aku, kau tanya nak coklat ke bunga? aku jawab aku nak dua dua. ha jgn nak cakap aku tamak pulak, dua dua tu fav aku. so jgn tanya aku nak yang mana, aku akan jawab aku nak dua dua sekali. padan muka sape suruh tanya aku kan.

agak ramai jugak lah yang cakap bunga ni macam membazir kan, yelah tahan seminggu dua dia akan layu. eleh, yang hidup akan mati mestilah yang mekar akan layu. coklat pun korang ckp lagi better dari bunga. tapi tapi... bila korang makan coklat tu, then esoknya lepas korang makan coklat dalam perut tu proses dan proses dan proses unutk menjadi seketul tutttt. ha, kan sama juga dia akan terhakis. dekat bumi ni takde yang kekal sayang sayangku.

Untuk peminat nature macam aku ni, sekuntum bunga tu bila orang bagi akan bermakna. jagka hayat dia lama. kalau letak dalam jar bersama air, inshaaAllah bertahan dua minggu. then bila bunga tu dah layu korang jgn buang tau..masukkan bunga yang layu tu dalam bekas yang bertutup. alaaa kalau sekarang ni macam bekas air air hipster satu balang rm5 tu. ha, balang tu pun boleh. then kotang biarkan lah dia kering dalam tu. korang bukak nnti akan bau wangi tau! mcm perfume,. kadang kadang aku punya sayang tu aku spray bau wangi bunga yang macam dekat kedai tu, kedai bunga ada jual spray ni.

korang yang tak suka bunga pulak, janganlah bila kawan kawan korang dapat bunga nak cakap itu ini, kawan kawan korang dapat hadiah coklat ke tomata sebalang ke janganlah cakap  kalau dpt benda ni kan bla bla bla.... tampar nak? hahaha. at least kan korang hargai pemberian orang lain pd kawan korang. pemberian orang lain untuk korang. hargai lah korang, nanti bila dah tua bertongkat, korang nak harap anak2 ingt korang, kalau anak 3 ntah ntah sorg je ingt korang, nak buat sprise itu ini untuk korang.

pesanan ikhlas dari akak gendot, hargai lah orang sekeliling korang selagi dyorang bernyawa.

Thursday, September 10, 2015

yeayyy 20!


Alhamdulillah!
7.9.15 genap umur aku 20 tahun. sekejap je dah 20 tahun aku dekat bumi ni. dah 20 tahun hidup, ntah berapa banyak dah dosa aku. 

Mak,

terima kasih dah lahirkan adik dekat dunia ni. 20 tahun lepas mak bersusah payah bertarung nyawa nak keluarkan adik. dapat pulak anak yang tak reti sabar macam adik ni, nak jugak keluar dekat rumah. taknak dekat hospital. mak kena tahu adik bukan apa..nak tengok rumah kite terus, terima kasih mak dah besarkan adik dengan penuh kasih sayang dengan ilmu yang mencurah - curah. adik cinta mak sampai akhir hayat adik mak. in shaa Allah kite ke syurga sama sama ea mak. 

Ayah,

terima kasih didik adik dengan ilmu agama. didik adik dengan tegasnya. terima kasih ayah. terima kasih sanggup layan kerenah ada yang bukan. adik tak pernah tak sayang ayah. ayah bimbinglah adik terus untuk ke syurgaNya. adik rindu mak ayah. adik sayang mak ayah. terima kasih mak ayah.

Akak & Abang,

terima kasih jadi akak dan abang yang garang, yang pukul adik time ngaji dulu. terima kasih layan adik macam seorang putri raja turun dari kayangan. korang tempat adik luah masalah selepas mak n ayah. adik sayang korang selamanya. Ingat! terpisah jauh mana pun kite jangan pernah putuskan tali persaudaraan adik beradik sebab kite bertiga je. love u akak. love u abang.

Familiy mak pat,

korang, terima kasih jaga azwa dengan penuh kasih sayang. terima kasih bagi azwa tumpang duduk dekat rumah yang penuh kenangan. mak, terima kasih sambut azwa masa azwa lahir. abah, jasa abah hantar balik azwa pergi sekolah tak pernah azwa lupa. kak hawa, abg nanang, abg poji n kak kinah. azwa sayang korang sama macam azwa sayang akak n abang sendiri. korang tak pernah berkira dengan azwa. sayangnya azwa pada keluarga korang . in shaa Allah talian persaudaraan kite kekal selamanya.

Sahabat, kawan, teman

terima kasih sudikan berkawan dengan aku, sudi jadikan aku sedikit dalam kenangan hidup korang. moga kenangan antara kita semua tak pernah pudar. korang semua, semoga impian kita tercapai. jasa mak ayah jangan kita lupa nak balas bila kita dah berkerjaya nanti . azwa sayang korang selamanya.

kepada mereka yang pernah hadir dalam hidup aku, pergi dan datang, TERIMA KASIH!


SURPRISE!!
SHOULDERS !TERIMA KASIH UNTUK KENANGAN 7.9 NI. AKU AKAN MERINDUI KORANG,TERIMA KASIH UNTUK KURA KURA COMEL, UNTUK BELON HELLO KITTY.
SAYANG KORANG SANGAT.

SAHABAT. TERIMA KASIH UNTUK SURPRISE NI. TERIMA KASIH UNTUK BUNGA DAN COKLAT NI. LAIN KALI BAGI SATU KEDAI BUNGA PULAK TAU. HAHAHAHA. MOGA CITA CITA KAU TERCAPAI. JADI ANAK N ABANG SULUNG YANG BAIK HATI DAN BERTANGGUNGJAWAB YE. MOGA APA YANG DI IMPIKAN TERCAPAI.
TERIMA KASIH SAHABAT

ROOMATES! (AISYAH, YANA, WANI) TERIMA KASIH KORANG. MAAF TERBALIK BILIK AWAL. SAYANG SANGAT DEKAT KORANG. TAK NAK BERPISAH DENGAN KORANG. TERUS JADI PERIANG YE SEMUA. SEMOGA SEMUA JUMPA JODOH YANG BAIK BAIK. JANGAN LUPA BEHAVE DEPAN ORANG RAMAI. 
SAYANG KORANG




Wednesday, September 2, 2015

1.9


Ayah. 
Tahun ni genap umur ayah 56 tahun. 
Alhamdulillah ayah masih kuat, gagah, sihat, susah nak sakit, handsome. 
Happy birthday ayah ! Selamat hari lahir ayah ! 

Ayah,
terima kasih untuk segala pengorbanan untuk adik. ayah layan kerenah adik tak kira tempat dan umur adik. Walaupun ayah tau anak ayah cerewet tahap maksimum. ayah bertahan layan kerenah adik yang setiap kali menjelang hari raya, pusing mall dari 10 pagi sampai mall tu tutup. dan akhirnya tak jumpa jugak baju, ! ayah dah banyak menyusahkan diri ayah untuk adik. adik tak mampu balas pengorbanan ayah yang tak terkira ni.

Ayah,
In shaa Allah segala nasihat ayah, teguran ayah, adik semat siap2 dalam hati adik. ayah tau adik tak sekuat mana. tapi, masa tu lah ayah datang, ayah cuba bangunkan adik.

Masa tu adik form4, jari adik nak putus dah sebab kena tingkap. silap adik jugak buat kerja tak ikhlas. melawan . Allah nak bagi sekejap je kan ayah. masa kejadian tu, darah adik banyak sangat! satu kotak tisu habis, adik menangis tengok darah, ayah jenguk dari tangga rumah tengok jari adik. adik tau ayah takut darah, tapi ayah gagahkan jugak diri ayah untuk hantar adik pg klinik. ayah pimpin adik dari kereta smpi ke tempat emergncy dengan darah yang mencurah curah. ayah marah doktor sebab lambat sangat rawat adik. ayah tau tak, masa tu ayah lah superhero !

Form5, adik operation. adik takut. tapi ayah cakap nak sihat kena kuat. ye ayah adik kuat masa tu . adik kuat untuk mak, untuk ayah, untuk akak, untuk abang. adik tau masa tu semua orang risaukan adik. daripada lampu nama adik dekat bilik bedah tu dah hijau, tapi tiba tiba dia merah semula. mak ayah dah tak senang duduk kan masa tu . hahaha. adik dah menyusahkan mak ayah sangat masa tu. alhamdulillah keluar bilik bedah mak ayah yang tolak troli adik. adik mampu buka mata sekejap je. adik tak larat sebab doktor ckp darah adik banyak sangat td masa operate.

Ayah,
ayah lah satu satunya hero yang adik ada. ayah jangan pergi awal sangat ye. adik tau ayah minta untuk pergi awal. ayah selalu cakap dengan adik benda ni. tapi, adik belum puas duduk dalam belaian ayah, limpahan kasih sayang ayah. walaupun adik degil, ayah tak pernah jemu nasihatkan adik. walaupun kek adik buat kadang kadang tak menjadi, ayah tetap makan, ayah tetap cakap sedap. ayah, takde siapa boleh ganti tempat ayah dalam hidup adik . ayah pernah cakap, nanti adik kahwin, suami adik tak sama macam ayah, tapi adik kena sayang dia mcm adik sayang ayah. in shaa Allah ayah.

TERIMA KASIH AYAH!
anakmu,
azwa

Thursday, August 6, 2015

SALAM LEBARAN














Hai guys! Salam 22 Syawal. amacam raya? Alhamdulillah kita semua masih berpeluang sambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun  ni. Sambut dalam gelak ketawa. ye, patut bersyukur sangat sebab ada je antara kita yang sambut dalam keadaan berduka. mungkin ditimpa musibah atau apa apa kemungkinan. So, sape yang bermain bunga apai, mercun tu semua. Harap selamat semuanya ye !

Dah 22 Syawal baru nak salam aidilfitri dekat blog ni.Maklum lah  baru berkesempatan nak update blog , Alhamdulillah raya tahun ni lagi meriah sebab ada mencuk! wahh dia paling siap awal ok pagi raya tu dan ucu dia paling lambat siap. Biasalah kan jadi perempuan ni, pagi raya tu sibuk hidangkan lauk untuk orang lelaki makan before pergi solat raya, dah tu isi kuih raya pulak yang berbalang balang. Settle bab makanan, kite basuh baju dulu, kemas rumah, sapu penjuru sana penjuru sisni, basuh pinggan atas meja, dalam sinki . So bibik bibik . Kalau tak gitu bukan perempuan lah kan? pedehal anak dara mandi lambat, lambat sikit aku nak nanges nanges mintak maaf.

orait ! di kesempatan ni. aku nurul azwa binti zulkifli, wawa, kecik, pendek, makcik nak mintak maaf dari hujung stokin sampai atas tudung segala salah silap aku. kira 0-0 ye. halalkan segala makan minum. gurau kasar yang over over melampau tu . harap diampunkan.

happy 22 syawal guyss!


Friday, June 12, 2015

seorang mak dan seorang ayah











Alhamdulillah dah bulan Jun, dah seminggu dekat U, menghitung final sem. Melangkah dengan penuh sayu tapi aku harus buktikan yang aku mampu. senyum

"Ayah, dah sampai rumah?"
"Alhamdulillah baru je naik rumah, minggu yang meletihkan"
"Alhamdulillah dah sampai. Terima kasih ayah ngn mak sebab hantar adik sampai segamat. doakan kejayaan adik ye"
"Adik, bukan sebab hantar adik ayah letih, itu tanggungjawab ayah dan mak. In shaa Allah semua yang terbaik untuk anak ayah dan mak"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku paham bukan maksud ayah hantar aku tu perkara yang meletihkan, badan mana yang tak letih bila tanpa rehat sepanjang  seminggu.

minggu aku pulang ke U je perjalanan ayah dah meletihkan.
ahad- mersing ke jb kemudian mersing semula
isnin- mersing ke jb kemudian ke kulai
selasa- mersing ke jb dan di akhiri ke mersing semula
rabu- mersing ke jb kemudian ke kulai
khamis- mersing ke jb ke mersing, teruskan perjalanan ke kulai kemudian jb dan kulai semula
jumaat- kulai ke segamat
sabtu- segamat ke kulai kemudian ke mersing

Khamis malam jumaat. dalam kereta.. aku tengok muka ayah dari cermin pandang belakang. nampak mukanya agak letih. tapi aku bersuara " Ayah.. kita jalan jb jom malam ni"... "boleh, cakap je nak jalan mana malam ni"

dah pukul 9 malam, aku tengok jam dinding kemudian alihkan pandangan tengok ayah. dalam hati ni bercakap.. mungkin tak jd kot keluar sebab dh pukul 9.

"sekejap ea dik..ajak mak siap siap..lepas bola habis kita keluar"

pukul 11 bola habis, tunggu ayah bersiap, pukul 11.30 baru keluar dari rumah.

"Yah, adik nak main bubble giant boleh, ermm nak pergi istana lepastu nak belikan mak blouse dekat pasar karat"

ayah turut je kehendak aku walaupun dia dah letih, jelas aku tengok dari muka dia..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ayah, mak.. semoga jasa ayah dan mak terbalas olehNya. adik tak mampu nak balas semua jasa mak dan ayah tapi In shaa Allah adik akan sentiasa gembirakan mak dan ayah,

Wednesday, May 20, 2015

Bumi
















Bumi ni bulat. kadang engkau kat atas, kadang engkau kat bawah. jangan engkau ingat engkau selalu dekat atas lepastu engkau sibuk nak bermegah diri sana sini. bila engkau dekat bawah, orang kiri kanan tengok engkau, pandang engkau. engkkau nak dyorang tolong engkau . tapi bila engkau ingt balik apa yang engkau dah buat dekat dyorang masa engkau diri dekat atas macam raja, engkau malu. engkau segan. 
.
.
pujuk lah diri engkau bermaafan sesama manusia, mungkin mereka tak macam engkau. mungkin mereka jenis yang tak terasa hati. mereka boleh tolong engkau. engkau gembira! tapi engkau kena ingat bila engkau dah diri dekat atas semula, yang dekat bawah ni yang banyak tolong engkau. ke engkau lupa? oh ye manusia tak lari dari sifat lupa.
.
.
engkau kena ingat, harini engkau ada geng untuk menjatuhkan orang. hari esok aku tak bawa geng, tapi aku lihat kau jatuh sorang-sorang tanpa kau punya geng. engkau pandang aku, bukan aku taknak tolong tapi aku nak kau tau betapa peritnya berada dekat bawah dan dipijak oleh orang yang ada dekat atas macam engkau.

Tuesday, May 12, 2015

Fahamkan aku















"KALAULAH KAU MASIH MENIPU DIA UNTUK MENJAGA HATI -- DIA BELUM LAGI KATEGORI SAHABAT SEJATI
.
.
.
KALAU KAU MASIH SIMPAN APA YANG KAU TAK SUKA PASAL TENTANG DIA DALAM HATI --DIA BUKAN LAGI DALAM KATEGORI SAHABAT YANG BOLEH BAWAK MATI.
.
.
.
KALAU KAU TAK ADA DUA DUA NI, KAU TAK ADA SAHABAT. KAU CUMA ADA KAWAN. KAWAN BIASA. KAWAN TU MEMANGLAH BOLEH BAWAK SAMPAI HUJUNG NYAWA TAPI NIKMAT TU. NIKMAT ADA SAHABAT. KAU TAK DAPAT RASA. "


makin banyak definisi sahabat, makin aku tak faham apa tu sahabat.
susah dicari senang ditinggal? itu sahabat ? atau...
susah senang bersama tapi di belakang masih mengata? mungkin ini maksud sahabat. atau boleh jadi..
susah senang bersama di belakang tak mengata tapi masih pendam sakit dekt hati? sahabat ke tu?

aku rasa aku dah jumpa. susah senang bersama, saling mengingati yang Esa, jauh bukan penghalang untuk menjadi pendengar setia. dalam hati tak simpan sikit pun yang tercalar. dekat belakang tak mengata. aku jatuh dia pimpinkan. dan mungkin aku dah jumpa orang orang tu.

aku sayang korang.

kau nak tengok siapa sahabat kau masa sekolah menengah.. kau jumpa ke sahabat masa sekolah menengah? bila kau jauh dia sentiasa dekat dengan kau. sesibuk mana korang , jatuh bangun tetap bersama. tetap mencari antara satu sama lain untuk melengkapi.

eh, aku rindu korang,
semoga panjang umur persahabatan kita.

Tuesday, April 28, 2015

Hanya Merancang














sambil melayan perasaan ni mehlah rajinkan diri menaip sikit. oh ye sebelum tu ! HAPPY HOLIDAY BRO DAN SIS..biasalah tengah cuti mid sem ni kita kena ambil mood holiday sikit walaupun dalam hati ni, OMG RESULT MUET ! OMG RESULT FINAL!

ok, kita abaikan kejap result tu. apa kena dengan tajuk hanya merancang aku ni . haaa korang mesti ada berangan kan ciri ciri pasangan sehidup semati , aicehh ..pun boleh lah kan .apa ciri2 dia dalam list korang ? mungkin bagi yang lelaki.. cantik? flawless? rajin? pandai masak? hijabista? yang perempuan pulak apa ciri ciri yang korang nak bagi bakal suami korang? handsome macam shah rukh khan ? hidung mancung? abang abang sado ?ha ok sila bayangkan ciri ciri teman sihidup semati korang tu..cop ! jangan lupa ciri ciri si dia sanggup terima korang seadanya, buruk baik korang, cacat cela korang.

cakap pasal terima seadanya ni, sekarang dekat astro ria ada rancangan realiti "pelamin fantasi" kan? bagi aku rancangan ni entah pape, merepek, merapu, tapi aku sangat kagum dengan satu pasangan ni. tunang si lelaki ni ada kekurangan dalam diri dy, dia bisu lepastu hanya sebelah tangan dia yang boleh digunakan. tapi... si lelaki ni ada jugak rupa dan dia sangatlah caring dekat tunang dia,.. sis melting gitu kalau tengok..

aku ada satu ciri ciri yang aku sangat petingkan dari dulu selain beragama dan boleh bimbing aku kejalanNya.. aku kalau boleh nak elakkan diri aku dapat calon yang kerjaya macam askar, polis dan seangkatan dengannya. bukan sebab apa tapi sebab hati aku yang sangat mudah sayu layu ni, aku taknak ambil risiko tinggi menggunung. kang nanti dia ditugaskan di luar kawasan berkhidmat untuk negara selama sebulan, aku yang meraung selama sebulan tu.. 

tapi ayah selalu cakap jangan cakap taknak, nanti yang macam tu yang kita dapat... so sis ambil kesimpulan untuk mengatakan sis serahkan pada takdir tapi mohon jangan dari golongan kerjaya ni. sis tak sanggup. lagilah aku ni bukan sekuat mana dengan diri sendiri yang seminggu sekurang kurangnya sekali sakit! KAHKAH.. so taknak berjauhan dengan teman sehidup semati.

perjalnan kita masih jauh berlipat kali ganda, jom pimpin tangan wahai anak muda tegakkan keadilan di malaysia dengan memajukan negara, balas jasa mak ayah kemudian barulah misi kita akan bermula ......


As-Sidiq seperti Abu Bakar, tegas seperti Umar, malu seperti Uthman dan gagah seperti Ali

*buat bakal teman sehidup semati,
saya harap awak bukan dari golongan kerjaya ni  

Saturday, April 11, 2015

Penat

















wake up in the morning, still alive! Alhamdulillah syukur padaMu kerana bagi aku lihat dunia lagi. 

kenapa kau datangkan ujian macam ni untuk aku? aku letih, aku dah penat nak lawan. aku masih tersenyum gembira kerana aku tahu, kau maha mengetahui mana yang terbaik untuk aku. kau bagi aku nafas baru setiap aku celik dari mati sementara.

dulu kau pernah bagi ujian macam ni, tapi aku lawan hampir setahun mungkin atau lebih sebab aku nak tunjukkan yang aku kuat, aku mampu, aku taknak susahkan orang tersayang dalam hidup aku. sebelum berakhirnya perjalanan ujian Kau untuk aku, seorang lelaki berkata "azwa, awak patut bersyukur kerana mereka sayang awa,, tindakan cepat walaupun dah dipenghujungnya... kalau tak mungkin setakat ini sahaja perjalanan hidup awak.. aku hanya mampu tersenyum dan satu ungkupan ku ucapkan " terima kasih" Alhamdulillah aku dapat berdepan dengan ujian itu.

selepas kau bagi aku kebahagiaan, kau datangkan lagi ujian, dan secara jujurnya aku kalah, aku tewas untuk sekian kali. perkataan "PASRAH, REDHA" selalu aku ungkap . kadang aku cerita pada mereka, aku tidak sekuat mana , tapi mereka jawab " dulu boleh kenapa sekarang tidak? ktorang kenal nurul azwa dari lahir" . aku hanya mampu balas dengan senyuman yang aku rasa mereka tahu aku mampu lakukannya.

saat aku berserah, aku akan kata "please bring me to clinic now!" , tapi saat aku mampu lawan, mereka akan lihat wajah aku seperti mayat hidup..tapi aku cuba lawan walhal mereka satu rumah dah kecoh, kelam kabut tengok aku.. tapi aku senyum dan ungkapkan "adik ok lah" lalu senyuman paling besar aku hadiahkan.

bila aku jumpa seorang hamba yang berkot putih, di meja mereka ada pelbagai jarum, bilik mereka dikelilingi bau yang aku tak suka, yang aku dah jemu barang kali. mereka akan akhiri perbualan kami "keep this letter and bring it when you go to specialist, please refer to this person, he is a kind person" tanpa kau sedar, aku keluar lagak gengster, aku bgtau mereka yang tunggu dekat luar tu dengan "hahaha, macam biasalah budak ngada ngada kan, takde apa pun sebenarnya" dan bila aku sampai rumah, surat tu aku koyakkan, aku buang!

kenapa aku buat macam tu ? kerana bagi aku sampai masa, semua manusia akan pergi tinggalkan bumi, tinggalkan dunia yang serba cantik mungkin. cuma kita bersedia atau tidak ,bila bila masa je kita akan ucap selamat tinggal.

bila orang sekeliling cerita majlis  perkahwinan idaman, ciri ciri lelaki idaman, aku mampu bayangkan tapi aku tak mampu luahkan, ye! aku support mereka kerana itu kebahagiaan mereka. tapi bagi aku, cukuplah kebahagian aku bila tengok mereka bahagia. dalam fikiran aku when people talked about wedding, aku akan cakap "takde manusia yang sanggup jaga kalau dy tengok aku macam ni, sungguh malang manusia tu" aku tak putus doakan kebahagiaan korang

aku tak mintak banyak, wahai diri , berdirilah selagi engkau mampu walaupun kau jatuh berdarah sekali. keluarga ada untuk kau. bukan dah janji pada diri ke nak tengok sahabat, tripled c, honneybunny, ayien dan kawan kawan lain bahagia.


manusia yang jatuh,

Tuesday, April 7, 2015

Pantasnya masa

















Pantas masa berlalu, pergi bawa semua memori pahit dan manis. Indah ! satu ungkapan yang mudah tapi ianya sukar untuk kita lalui. 

Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun rupanya atok Sahit pergi buat selama lamanya, dah 14 tahun aton Salleh dan atok Leha pergi. sangat sekejap masa berlalu. memori dengan dyorang pun makin lama ada yang aku dah lupa, telan dek zaman mungkin. kalau sebelum ni ada cerita pasal atok Salleh, harini rasa nak kongsi cerita pasal atok Sahit.

Buka album diri sendiri, muka surat kedua album tu gambar raya terakhir aku dengan atok Sahit, atok Salleh dan atok Leha. kalau tenung lama lama gambar tu cepat je air mata mengalir, dan masa tu kenangan demi kenangan aku imbau. manis semuanya, cuma satu kenangan pahit yang terselit dalam tu. saat orang orang tersayang pergi tinggalkan aku.

Masa tu aku dalam tingkatan 3, atok sahit asyik keluar masuk hospital. sebab aku duduk asrama, nak balik Labis jenguk atok tu payah. bila atok masuk hospital nanti baru ayah amk aku dekat asrama,. keadaan atok sangat lemah mungkin sebab keluar masuk hospital. walaupun atok lemah, nampak letih lesu tapi,, atok masih pegang penyapu lidi tu nak sapu rumah, pusing keliling rumah, dalam masa yang sama kite nampak atok sapu angin.. penyapu tak jejak lantai tapi atok masih gagahkan diri, bila kite cakap "atokk, mehlah penyapu tu azwa sapu rumah ni,atok rehat rehat je".. jawapan atok mesti "balik rumah atok sekali sekala nak buat kerja, atok boleh buat, atok nak buat, azwa pergi tengok kartun tu" ..azwa tengok je atok sapu.. nanti petang pulak aku pergi kebun koko, kutip koko sebab nak jemur koko tu, lepastu kita pergi pekan sama sama jual dekat kilang roti. kuatnya atok lawan sakit atok tu !

Nak dijadikan cerita, atok mintak mak buatkan atok air kopi, padahal atok sebenarnya tak boleh minum air kopi, mak taknak buatkan, tapi atok cakap atok tengok ayah minum atok terliur nak rasa sedap sangat ke air kopi mak buat ni,atok janji atok nak minum sikit je.. kita sama sama tengok tv masa tu dan masa tu keluarga azwa je ada dekat kampung.. kitorang leka tengok tv, sekali pandang atok minum air kopi tu dah habis satu cawan.. selang beberapa minit lepas tu, atok batuk2 teruk ..esoknya atok sesak nafas tapi atok taknak pergi hospital .. tapi masa tu jugak ktorang kena balik sebab azwa sekolah, 

Atok keluar masuk hospital dalam beberapa bulan tu sebab atok makin kritikal, atok masuk icu .. mak serba salah sangat sebab air kopi mak buat atok sakit teruk tapi ayah cakap dengan mak.. tu nak jadi penyebab je, sampai lah satu hari ni doktor cakap doktor dah tak boleh nak buat apa, keadaan atok dah nazak, ktorang semua ambl keputusan nak bawak atok balik.. lagipun kalau atok dekat hospital, badan atok kena cucuk sana sini, terseksa ktorang tengok atok.

Dua minggu lepas tu ayah amk azwa dekat asrama, ayah cakap minggu ni tak balik mersing sebab mak dah ada dekat rumah atok, keadaan atok dah teruk, kritikal sangat. sampai kampung semua anak2 atok balik, meriah rumah atok bukan senang nak kumpul semua ada ni kan. Hari ahad petang, azwa kena balik asrama dah siap pack semua barang, azwa tanya aizat dia balik asrama jugak tak petang tu, dia cakap balik dia ada hal esok dekat sekolah, azwa pun masukkan barang dalam kereta sebab tengok jam pun dah lewat, dah pukul 5 ni lepastu nak sampai asrama sebelum pukul 6.30. tak sempat, si aizat ni dia dekat je sebab dekat kluang, ktorang call warden cakap sampai lambat, aizat dah balik asrama tp azwa belum gerak2 ,, bila azwa tanya ayah bila nak balik.. ayah cakap ayah tengok atok macam dah tak lama dekat sini, ayah tak kasi balik , ayah cakap kalau tak bila lagi nak berbakti dengan atok..

Malam tu rumah jadi sunyi, atok makin tenat, nazak.. bacaan yasin untuk atok tak berhenti, dah pukul 1 lebih pagi, azwa ngantuk sangat ,, azwa cakap dengan ayah nak tidur, ayah cakap pergi cium atok dengan mintak maaf dekat atok dulu baru boleh tidur, ayah pulak bentangkan toto untuk azwa tidur belakang tilam atok baring tu, 

Sayu sangat atok masa azwa cium atok tu, azwa tahan air mata sebab semua org cakap jangan nangis depan atok, kalau tak macam mana atok nak lawan sakit dia.. masa azwa mintak maaf dengan atok tu, atok haus,,atok nak air, azwa bagi atok hirup air guna straw, lepastu baru azwa tidur.. tapi atok,, azwa rasa azwa tidur tak sampai 10 minit.. ayah kejut azwa, ayah cakap "dik bangun..bangun..atok dah takde". eh macam mimpi pulak, azwa baru je tidur, atok dah takde. azwa pusing belakang, betul lah atok dah takde, 

Atok, kejadian lepas atok hembuskan nafas terakhir tu masih segar dalam ingatan azwa ni atok, azwa tak pernah lupa, makin azwa ingt, makin azwa rasa geram.. sebelum zuhur, atok dah dikebumikan, alhamdulillah semua dah selesai, bersyukur sangat,, azwa tak dapat pergi kubur sebab kena jaga rumah, jaga budak budak kecik dekat rumah, air mata azwa jatuh lagi lepas semua balik dari kubur, bukan sebab meratapi pemergian atok, tapi air mata geram, ye atok! atok pernah pesan biarlah dyorang, tapi dyorang sangat melampau atok ..azwa tak layak untuk benci orang ,, atok! semoga atok tenang dekat sana , kita jumpa dekat syurga ea atok,

Kenangan atok bawak azwa pergi kilang roti, atok belanja aiskrim setiap petang, nak motor pusing kampung, semua yang kita pernah buat sama sama, azwa tak kan lupa atok, in shaa Allah, atok , paper doll yang atok belikan untuk azwa masa azwa kecik tu, sampai sekarang tau ada, azwa simpan sebab tu je kenangan  yang masih azwa boleh simpan, nanti azwa bagi anak anak azwa main pulak takpun azwa frame, nama patung patung paper doll tu pun ada lagi tau, tempat mandi dy yang atok buat, semua azwa simpan rapi .. 

Tenanglah atok dekat sana bersama orang orang beriman. Al Fatihah

Saturday, April 4, 2015

Kuat


hai semua assalamualaikum,
aku masih dalam mood final exam tapi degil nak menaip, jadilah sekejap je ok. Dah biasa menulis ni akan dapat satu kepuasan macam makan strawberry dan marshmllow yang dicalit bersama coklat cair, serius so yummy !

tajuk entry kali ni dah kenapa pulak lah kuat kan, aku nak jadi kuat macam pendekar pendekar perkasa pada zaman dahulu ke.. eh eh, tak pun. Jadi perempuan ni dah cukup kuat kot kalau mampu angkat tong gas yang penuh tu sesorang walaupun hakikatnya aku angkat berdua. meh nak bagi korang baca ayat dari instagram aku ..


"kuat tu tak semestinya bila benda tu jadi, kau sentiasa boleh telan macam telan coklat, macam telan choc moist cake..kuat tu bila benda tu jadi, kau sedih, kau menangis sampai keluar hingus tapi kau tetap nak teruskan hidup...kuat tu bila kau rasa hati kau dan berkecai macam kena lenyek lenyek tapi kau ambil keputusan untuk berusaha bangkit...."

ye, kuat pada jasad kuat juga pada hati.. tengok sekarang ni sekeliling kita ramai pulak abam abam sado tu yang berketak ketak sana sini..mungkin berketak ketak sana sini tu nampak handsome,,nampak gagah . mungkin lah mungkin ..  dan ramai peminatnyaa. dan itu pun mungkin lah ..mungkin je tu .. errmm almaklumlah bukan citarasa diri sangat, ok apa kaitan dengan abam abam sado ni pulak , Ha! dia macam ni tau, kau nak tau  abam abam tu kuat ke tak, ayuh kita uji dia ,aicehh jangan lah kita uji mereka dengan asuruh angkat dua tong gas, kalau itu yang diuji memang lepas sangat sangat rasanya,, 

kita perati je dyorang bila dyorang jatuh mampu bangkit tak, mampu tak dyorang lawan,, barulah itu yang dinamakan abam sado abam handsome yang kuat ..kalau tak nanti rumahtangga baru goyah dah tak mampu lawan, eh jangan macam tu abam abam semua. kuatlah dalaman korang maka kuatlah luaran korang. 

ha untuk si cantik manis senyumanmu menawan tu, kita sebagai perempuan jangan lemah sangat , tolong ! sado kan lah hati kita ni, jangan baru terpelecuk *betul ke tu sis eja dah nak menangis, haishh sape suruh pakai heels 13" tu ha, pakai sandle ke kasut ke sudah .. in shaa Allah selamat. ha lagi satu contoh aku nak bagi, tak payah nak "saia tak kuat sangat" bila boyfriend yang kononnya setia tu pergi meninggalkan dirimu, biarlah dia pergi sana.. ada yang lagi baik menanti kita semua kat depan tu haa.

aku tahu ujian untuk semua orang lain lain kan.. ada yang ujian dia ringan je Allah bagi tapi ada tu subhanAllah.. payahnya rasa nak teruskan hidup.. " Allah tak kan uji hamba dia kalau hambaNya tu tak mampu" maka bangkitlah ,,jatuh terduduk merangkak meniarap sekali pun, bangkitlah ! masa kecik dulu kalau jatuh main lari2 dengan kawan kawan sampai muka terbenam dekat pasir, dan lepastu kita bangun sambung main lari2 ,, kenapa sekarang kita terjatuh terus nak jatuhkan diri. korang pun kena yakin tau. masa korang jatuh tu family korang, sahabat korang akan sentiasa ada nak bagi korang bangun bangkit semula ! Fight lah untuk terus bangkit sebab dekat depan tu korang akan tersenyum bahagia dengan hikmah yang korang jatuh sebelum ni .

"Bangkitlah kawan untuk jadi seorang yang kuat luaran dan dalaman"

Thursday, February 26, 2015

makin jauh makin RINDU

hai apa buat weekend ni ? mak jemah sejati nk menaip dengan bahagianya. kalau taknak baca tak payah baca sebab mak jemah tak pandai nak menulis   menaip cerita sangat ni.

act dah seminggu rasanya mak ayah abang maklong maksu cik alim n cik su pergi umrah. Tapi rindu tu makin menebal dekat mak ayah abang. Mungkin ini yang orang cakap bila dekat tak rasa sangat tp bila jauh tu subhanAllah .. RINDUNYAAA adik dekat korang. setiap malam akan terjaga pukul 3 ke 4 pagi air mata terus jatuh. Mujur bilik dekat u ni tak banjir dan lagi satu mujur roomate i dah tidur masa tu lepastu gelap. boleh lah nanges sepuasnyaaa.

Sebenarnya akak berharap bila aku balik u ni, mak ayah jauh tunaikan ibadah dekat sana... adik dia kuat ada kawan2 tapi sebenarnya tekaan akak tu salah ..Flight mak ayah abang masa CNY haritu ..hari sabtu..21.2.2015

Plan ktorang satu fmly .. hari jumaat tu aku akak dgn abg ipar gerak balik kulai sebab nanti senang dr pagi gerak ke KLIA dah dekat sikit..  malam tu tak rasa lag sayu dia.. bangun pagi subuh tu akak kejut.. then tiba tiba aku bangun " akak...mak ayah mana?" .. akak pun ckp dgn abang ipar "parah ni b adik dah mencari..belum pergi lagi"... akk pun cakaplh siap cepat nak pergi KLIA hantar mak ayah abang.. taktau ke tengah mandi tu air mata aku laju macam air paip jugak.. hahaha ..

Ktorang ni pun satu janji dengan mak ayah abang saing dari RnR Seremban.. Sekali je dyorang dekat Seremban lagi tp ktorang dah sampai dekat KLIA... tggu ayah sampai hati dah rasa lain macam je... haih nasib ramai orang.. sebelum ayah mak abang maklong mksu cik su dengan cik alim masuk balai berlepas ..air mata aku paling tak benti dalam ramai.. tak lepas peluk ayah .. "Ayah doakan adik tau..jaga diri" tp still taknak lepas ..bila aku lepaskan pelukan tu ayah cakap "byeee semua..jaga diri..assalamualaikum.. ayah dah taknak toleh belakang lagi"....


gambar paling meruntun jiwa mengusik hati ...sampai sekarang tak sanggup nak tengok.. dalam gambar ni abang toleh tempat lain sebab dekat sebelah sana ada aku akak abang ipar dengan hana..lepas dah tengok dyorang dekat sini aku lari pergi ruang tinjau tu.. sepanjang ayah jalan aku tengok je dari cermin kaca tu.. ayah tengok kejap2 je..  then selamat lah ayah dengan semua pergi balai berlepas .. tapi ktorg ber4 masih dekat ruang tinjau sebab aku cakap taknak balik selagi tak nampak dyorang pergi.. nasib lah abang ipar aku melayan aku dengan akak yang dua dua lemah sangat masa ni.. 

dalam masa yang sama aku dah lapar ni.. hahaha .. so abang ipar pun ajak lah ktorang makan dekat kfc.. dari kfc tu boleh nampak kapal terbang berlepas.. lepas makan tu aku pergi berlai dekat tingkap kaca tu dengan akak sebab nk tunggu kapal terbang arab saudi.. dan masa tu jugak ayah call ckp "doakan ktorang semua supaya segala urusan dipermudahkan..kami semua dah nak off fon" ha ..amek kau makin tak berganjak ktorang dekat situ .. tapi kapal terbang arab saudi tak lalu lalu pun.. aku pun dah mcm melekap kt cermin kaca tu.. hahaha.. so aku dgn akak amk conclusion ..takpelah tak payah tunggu yang penting dyorang selamat.. 

tapi apakan daya baru berjalan 5 langkah ke depan aku toleh belakang nampak satu kapal terbang yg lain sikit..apa lagi berlari lah pg cermin kaca tu.. akak pun join sekali.. hahahaha.. sekali tengok bukan arab saudi punyaaaa tapi Air Asia ..ok dahlah patah hati i gini.. abang ipar pun tarik akak ..akak tarik tangan aku ..lepastu abang ipar cakap "zawani..azwa.. dahlah jangan toleh belakang lagi..biarlah dyorang pergi buat ibadah..dua minggu je kan nanti dyorang balik.." time tu kau rasa apa..arghhh makin banjir aku dibuatnyaaa..akak pun peluk aku..then ktorang teruskan perjalanan ......



love u .. cepat balik semua ..semoga dipermudahkan segala urusan.. 


Wednesday, February 11, 2015

SadoLah Hati !

 



BERPENATLAH DI DUNIA
DAN
BEREHATLAH DI AKHIRAT
.
.
.
TERUSKANLAH PANDANG KE HADAPAN
DAN
JANGAN TOLEH KE BELAKANG
SEBAB 
IA TAK KAN DATANG KEMBALI
.
.
.
TEMPUHLAH SEOLAH OLAH DIRI KAU KUAT
WALAUPUN SEBENARNYA KAU LEMAH
.
.
.

Tuesday, February 10, 2015

The BEST Katil-mate Ever

Assalamualaikum and hello.
Niat dan impian untuk menaip dalam blog every week menjadi musnah. Almaklum lah busy mengalahkan doktor. Jadinya dengan semangat dan ruang yang ada ni aku nak cerita pasal "THE BEST KATIL-mate EVER"

ZATIL HIDAYAH

Aku dengan Zatil mula kenal masa kita orang sama sama belajar dekat Kolej Yayasan Felda Kelana Jaya ( KYFkj) after SPM. Dah berapa tahun berlalu tapi bagi aku dia still "THE BEST KATIL-mate EVER". Act masa hari pendaftaran aku datang lambat then anak sedara aku (fatin) dah sampai dulu. Kiranya fatin siap register dulu baru aku tapi kita orang dah janji nak satu dorm. So, aku daftar asrama dulu baru daftar kelas, dapatlah aku satu dorm dengan Fatin and katil kita orang sebelah sebelah.

Mana pulak wujudnya si Zatil ni? Zatil katil dia depan katil aku. Sebelum tu bagi aku intro dulu ahli ahli dorm intan2 yang tersayang. Dalam dorm tu ada aku, fatin, diha, cheq, zatil, kiah, husna, kak hani, aten, aini, miza1, miza2, farisha, mimi dengan lagi sorang aku dah lupa nama dia. Hee.. ampunkan saya. 

Ok, jom sambung cerita pasal si zatil ni. Aku jadi rapat dengan zatil lepas dorm kita orang ubah kedudukan katil. Katil aku rapatkan dengan katil zatil kat tengah2 dorm. Dari situ kita orang jd rapat sesangat. Perempuan dan gosip berpisah tiada. So, everyday before tidur,, aku dengan zatil akan gosip2. crush sana crush sini .hahah .. DUNIAWI JE TU! haha..

Zatil ni pulak aku panggil dia koperasi sebab loker dy tu segala makanan dan barang ada. Cakap je nak apa semua ada .dah macam kocek doraemon pun ye jugak, Memekak dekat katil sama sama, ntah pape je. Lepastu sesi meluahkan perasaannya lain. segala macam lah dah lalui dengan zatil ni. Tapi zatil pulak suka dengki aku dengan nyorokkan cik lat dengan cik tweety aku, rasa dia macam hilang anak weyyy bila balik kelas pukul 5 tu tengok cik lat dengan cik tweety takde atas katil! Zatil ni pulak pernah jaga aku masa aku demam panas daripada aku tak boleh bangun sampai aku bertenaga dan boleh pg kelas. Hahaha walaupun aku tahu dalam masa yang sama dia nak skip latihan drama. Tapi takpelah dia siap tuamkan kepala aku kot! gile tak terharu !!

Dah berapa tahun tak jumpa dia sebab masa convo haritu aku tak dapat datang, kita orang plan nak holiday berdua, In shaa Allah impian ni akan jadi kenyataan! Amin Amin. aku rindu kau Zatil!
take care dekat kedah, moga cita cita kita untuk jadi akauntan tercapai sayang! good luck 

love <3









  



Thursday, January 1, 2015

Move On

Semua perkara dalam dunia ni kita nak move on. Bila gagal, mesti kita nak move on untuk yang lebih baik. Macam aku pernah mention dalam entry entry sebelum ni, aku jenis yang susah nak sayang orang. Tapi kalau aku dah sayang, aku sayang sungguh sungguh. Even dia kawan aku, aku sayang dia tapi sayang aku pd dia nak sampai 10% pun susah. Ye, memang sbb aku jns manusia yang payah nak sayang orang. Aku sayang kawan aku,sahabat aku, bff aku, teman aku tapi peratus syg untuk dyorg aku je boleh describe.

Pengalaman diri aku sendiri macam mana aku sayang orang tu, orang yang bukan keluarga aku, bukan keluarga pengasuh aku. Cerita ni bagi aku lucu sikit lah tp dari cerita ni korang boleh tau maksud sayang dalam diri aku.hahahaha

Korang selalu dengar cinta monyet. Aku laluinya. masa tu aku darjah 2 ke tiga gitulah. Dia ni classmate aku, pengawas mawas sama macam aku. Masa umur baru darjah 2, darjah 3 mana lah tau nak lafaz ayat cinta cintun ni kan tapi ni pun kira advanced lah. hahaha. Sejak bila rapat dengan dia pun aku tak tau lah. hahahaha. Kita orang rapat masa tu sampai cikgu cikgu tahu. Mana taknya orang waktu rehat bertugas aku dengan dia bertugas jugak tapi kita org suka buat kerja tu saing, sekejap pg tengok kawasan dia kena jaga kang kejap lagi pg tempat aku kena jaga. suka hati je mak jemah ni kan. hahaha

Boleh dikatakan 2 kali seminggu kot aku akan dapat bunga dari dia, tak kesah lah bunga apa pun, bunga raya ke bunga ros ke bunga kertas ke yang penting bunga. tapi bunga tahi ayam tak pernah dpt lagi lah. hahaha. Setiap hari pulak aku akan dapat surat yang dia letak dengan bedak wangi wangi , dalam surat tu tulis ntah pape je.

 Sampai satu tahap ni, dia dapat no 1 dalam kelas, aku pulak dpt no 2 dalam kelas. Lepas tu dia bagi aku no 1 dia dan dia amik no 2 aku sebab taknak aku kena marah dengan ayah. Ayah aku seorang yang sangat sangat tegas. Time cikgu takde aku dgn dia bukan nak jaga kelas tapi kita org pergi library baca buku cerita sama sama, main kira kira,..Kalau kau tau apa tu maksud kenangan, hahahahaha.

Darjah 4 aku pindah sekolah lain so kiranya kita org terputus hubungan lah kan, zaman dulu wey mana ada fon. ada pun public fon tu ha dengan tepon rumah. Sekolah baru aku dengan dia taklah jauh mana. Kiranya kalau ada kem motivasi tu ktorang still bertembung tp nak tegur tu tak lah. masing masing malu. Masa ni pun aku still tak paham apa tu bercinta, apa tu sayang tapi entahlah korang describe lah sendiri cerita aku ni bila dah sampai hujungnya.

Masuk alam sekolah menengah. Aku perasan dia masa orentasi. Dia kelas sebelah kalau tak mungkin satu kelas tapi dia tak ambil arab. Tak kesahlah yang tu. Time rehat dia tanya aku ni betul ke azwa. kita orang tegur setakat tu je pun .hahaha, ntah pape je budak berdua ni.

 Tak sampai sebulan aku sekolah SMKTA, aku pindah sekolah dekat kulai. Makin jauh jarak kita org, Memang kita org takde contact ke apa. Lepas PMR ntah dari mana dia dpt no aku pun tak tau lah. Kau tau tak happy dia tu macam mna bila org yang kau tunggu bertahun tahun tu mesej kau. nak lompat ada, nak guling guling gembira ada. Perasaan tu tak boleh nak describe sebenarnya.

Mesej punya mesej ntah macam mana boleh dia mintak couple, eh gembiranya hati masa tu tapi aku fikir jugaklah keputusan aku buat tu nanti betul ke tak, So dari sini aku kenal erti cinta, Perasaan masa tu sape tak happy wey org yang kau tunggu bertahun2 dengan kau sekarang. Tapi kita orang couple tak lama. cuma setahun je.

Lepas aku putus dengan dia, aku sedih sangat. Dari situ aku rasa aku sedar sebenarnya aku sayang dia. Dari darjah 2 sampai tingkatan 4? start dari sini aku nak move on. nak terima yang dia dah ada org minat dia. Ayien banyak bebel kat aku .tapi dalam bebel dia tu sakitkan hati aku. ayat ayien pun "lek wa,ada jodoh tak ke mana,doa"

 korang boleh bayangkan tak tengah rehat2 dengan ayien ni nak tunggu tusyen petang dengan ada classmate kau lagi, ayien tu pergi cakap "Wa, aku baru perasan kasut sekolah kau sama dengan dia". act aku pun taktau sama sebab dia sekolah dekat teknik pontian masa form4 tu, dengan ayat ayien bagi tu aku boleh nangis! gila ke apa aku padahal cuma cakap kasut sama je pun nak nangis.

eh, korang tau sayang tu macam mana, susah aku nak tak sayang dia ni. lama jugak aku amik masa nak lupakan sejarah silam kenangan pahit manis kelat payau aku dengan dia. lebih kurang setahun baru aku dpt lupakan sikit demi sikit. orang cakap baru dapat move on

Sekarang alhamdulillah, aku dengan dia still kawan, terserempak dekat pasar malam pun masih bertegur, jumpa mak dia pun aku salam jugak, dia pun macam tu. ya ,, sebab cerita kta orang tersangat lama. Dia pun ada kehidupan sekarang, aku harap cita2 dia tercapai. dan paling penting aku dah takde rasa sayang dekat dia.

seingat aku dia nilah makhluk yang betul2 aku sayang lepastu ada rasa nak bercinta, then sekarang belum ada rasa nak cari ganti lagi, pernah jugak couple dengan orang lain tapi aku takde hati pun dengan mamat tu,hahaha ,,saje je org cakap, sebab orang paksa aku couple dengan dia dan aku pun ikut je, bongoknyaaaa lahai. hahahahahaha.

kesimpulan aku nak buat dalam diri aku, jangan bagi aku sayang orang sebab bila aku dah sayang aku akan sayang sungguh sungguh. dan sebab tu aku payah nak sayang orang, sebab aku taknak benda yang sama berulang dalam diri aku. Biarlah aku sayang yang akan datang ni sampai akhir hayat aku dan dia adalah suami aku nanti .


 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik