Pages

Tuesday, April 28, 2015

Hanya Merancang














sambil melayan perasaan ni mehlah rajinkan diri menaip sikit. oh ye sebelum tu ! HAPPY HOLIDAY BRO DAN SIS..biasalah tengah cuti mid sem ni kita kena ambil mood holiday sikit walaupun dalam hati ni, OMG RESULT MUET ! OMG RESULT FINAL!

ok, kita abaikan kejap result tu. apa kena dengan tajuk hanya merancang aku ni . haaa korang mesti ada berangan kan ciri ciri pasangan sehidup semati , aicehh ..pun boleh lah kan .apa ciri2 dia dalam list korang ? mungkin bagi yang lelaki.. cantik? flawless? rajin? pandai masak? hijabista? yang perempuan pulak apa ciri ciri yang korang nak bagi bakal suami korang? handsome macam shah rukh khan ? hidung mancung? abang abang sado ?ha ok sila bayangkan ciri ciri teman sihidup semati korang tu..cop ! jangan lupa ciri ciri si dia sanggup terima korang seadanya, buruk baik korang, cacat cela korang.

cakap pasal terima seadanya ni, sekarang dekat astro ria ada rancangan realiti "pelamin fantasi" kan? bagi aku rancangan ni entah pape, merepek, merapu, tapi aku sangat kagum dengan satu pasangan ni. tunang si lelaki ni ada kekurangan dalam diri dy, dia bisu lepastu hanya sebelah tangan dia yang boleh digunakan. tapi... si lelaki ni ada jugak rupa dan dia sangatlah caring dekat tunang dia,.. sis melting gitu kalau tengok..

aku ada satu ciri ciri yang aku sangat petingkan dari dulu selain beragama dan boleh bimbing aku kejalanNya.. aku kalau boleh nak elakkan diri aku dapat calon yang kerjaya macam askar, polis dan seangkatan dengannya. bukan sebab apa tapi sebab hati aku yang sangat mudah sayu layu ni, aku taknak ambil risiko tinggi menggunung. kang nanti dia ditugaskan di luar kawasan berkhidmat untuk negara selama sebulan, aku yang meraung selama sebulan tu.. 

tapi ayah selalu cakap jangan cakap taknak, nanti yang macam tu yang kita dapat... so sis ambil kesimpulan untuk mengatakan sis serahkan pada takdir tapi mohon jangan dari golongan kerjaya ni. sis tak sanggup. lagilah aku ni bukan sekuat mana dengan diri sendiri yang seminggu sekurang kurangnya sekali sakit! KAHKAH.. so taknak berjauhan dengan teman sehidup semati.

perjalnan kita masih jauh berlipat kali ganda, jom pimpin tangan wahai anak muda tegakkan keadilan di malaysia dengan memajukan negara, balas jasa mak ayah kemudian barulah misi kita akan bermula ......


As-Sidiq seperti Abu Bakar, tegas seperti Umar, malu seperti Uthman dan gagah seperti Ali

*buat bakal teman sehidup semati,
saya harap awak bukan dari golongan kerjaya ni  

Saturday, April 11, 2015

Penat

















wake up in the morning, still alive! Alhamdulillah syukur padaMu kerana bagi aku lihat dunia lagi. 

kenapa kau datangkan ujian macam ni untuk aku? aku letih, aku dah penat nak lawan. aku masih tersenyum gembira kerana aku tahu, kau maha mengetahui mana yang terbaik untuk aku. kau bagi aku nafas baru setiap aku celik dari mati sementara.

dulu kau pernah bagi ujian macam ni, tapi aku lawan hampir setahun mungkin atau lebih sebab aku nak tunjukkan yang aku kuat, aku mampu, aku taknak susahkan orang tersayang dalam hidup aku. sebelum berakhirnya perjalanan ujian Kau untuk aku, seorang lelaki berkata "azwa, awak patut bersyukur kerana mereka sayang awa,, tindakan cepat walaupun dah dipenghujungnya... kalau tak mungkin setakat ini sahaja perjalanan hidup awak.. aku hanya mampu tersenyum dan satu ungkupan ku ucapkan " terima kasih" Alhamdulillah aku dapat berdepan dengan ujian itu.

selepas kau bagi aku kebahagiaan, kau datangkan lagi ujian, dan secara jujurnya aku kalah, aku tewas untuk sekian kali. perkataan "PASRAH, REDHA" selalu aku ungkap . kadang aku cerita pada mereka, aku tidak sekuat mana , tapi mereka jawab " dulu boleh kenapa sekarang tidak? ktorang kenal nurul azwa dari lahir" . aku hanya mampu balas dengan senyuman yang aku rasa mereka tahu aku mampu lakukannya.

saat aku berserah, aku akan kata "please bring me to clinic now!" , tapi saat aku mampu lawan, mereka akan lihat wajah aku seperti mayat hidup..tapi aku cuba lawan walhal mereka satu rumah dah kecoh, kelam kabut tengok aku.. tapi aku senyum dan ungkapkan "adik ok lah" lalu senyuman paling besar aku hadiahkan.

bila aku jumpa seorang hamba yang berkot putih, di meja mereka ada pelbagai jarum, bilik mereka dikelilingi bau yang aku tak suka, yang aku dah jemu barang kali. mereka akan akhiri perbualan kami "keep this letter and bring it when you go to specialist, please refer to this person, he is a kind person" tanpa kau sedar, aku keluar lagak gengster, aku bgtau mereka yang tunggu dekat luar tu dengan "hahaha, macam biasalah budak ngada ngada kan, takde apa pun sebenarnya" dan bila aku sampai rumah, surat tu aku koyakkan, aku buang!

kenapa aku buat macam tu ? kerana bagi aku sampai masa, semua manusia akan pergi tinggalkan bumi, tinggalkan dunia yang serba cantik mungkin. cuma kita bersedia atau tidak ,bila bila masa je kita akan ucap selamat tinggal.

bila orang sekeliling cerita majlis  perkahwinan idaman, ciri ciri lelaki idaman, aku mampu bayangkan tapi aku tak mampu luahkan, ye! aku support mereka kerana itu kebahagiaan mereka. tapi bagi aku, cukuplah kebahagian aku bila tengok mereka bahagia. dalam fikiran aku when people talked about wedding, aku akan cakap "takde manusia yang sanggup jaga kalau dy tengok aku macam ni, sungguh malang manusia tu" aku tak putus doakan kebahagiaan korang

aku tak mintak banyak, wahai diri , berdirilah selagi engkau mampu walaupun kau jatuh berdarah sekali. keluarga ada untuk kau. bukan dah janji pada diri ke nak tengok sahabat, tripled c, honneybunny, ayien dan kawan kawan lain bahagia.


manusia yang jatuh,

Tuesday, April 7, 2015

Pantasnya masa

















Pantas masa berlalu, pergi bawa semua memori pahit dan manis. Indah ! satu ungkapan yang mudah tapi ianya sukar untuk kita lalui. 

Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun rupanya atok Sahit pergi buat selama lamanya, dah 14 tahun aton Salleh dan atok Leha pergi. sangat sekejap masa berlalu. memori dengan dyorang pun makin lama ada yang aku dah lupa, telan dek zaman mungkin. kalau sebelum ni ada cerita pasal atok Salleh, harini rasa nak kongsi cerita pasal atok Sahit.

Buka album diri sendiri, muka surat kedua album tu gambar raya terakhir aku dengan atok Sahit, atok Salleh dan atok Leha. kalau tenung lama lama gambar tu cepat je air mata mengalir, dan masa tu kenangan demi kenangan aku imbau. manis semuanya, cuma satu kenangan pahit yang terselit dalam tu. saat orang orang tersayang pergi tinggalkan aku.

Masa tu aku dalam tingkatan 3, atok sahit asyik keluar masuk hospital. sebab aku duduk asrama, nak balik Labis jenguk atok tu payah. bila atok masuk hospital nanti baru ayah amk aku dekat asrama,. keadaan atok sangat lemah mungkin sebab keluar masuk hospital. walaupun atok lemah, nampak letih lesu tapi,, atok masih pegang penyapu lidi tu nak sapu rumah, pusing keliling rumah, dalam masa yang sama kite nampak atok sapu angin.. penyapu tak jejak lantai tapi atok masih gagahkan diri, bila kite cakap "atokk, mehlah penyapu tu azwa sapu rumah ni,atok rehat rehat je".. jawapan atok mesti "balik rumah atok sekali sekala nak buat kerja, atok boleh buat, atok nak buat, azwa pergi tengok kartun tu" ..azwa tengok je atok sapu.. nanti petang pulak aku pergi kebun koko, kutip koko sebab nak jemur koko tu, lepastu kita pergi pekan sama sama jual dekat kilang roti. kuatnya atok lawan sakit atok tu !

Nak dijadikan cerita, atok mintak mak buatkan atok air kopi, padahal atok sebenarnya tak boleh minum air kopi, mak taknak buatkan, tapi atok cakap atok tengok ayah minum atok terliur nak rasa sedap sangat ke air kopi mak buat ni,atok janji atok nak minum sikit je.. kita sama sama tengok tv masa tu dan masa tu keluarga azwa je ada dekat kampung.. kitorang leka tengok tv, sekali pandang atok minum air kopi tu dah habis satu cawan.. selang beberapa minit lepas tu, atok batuk2 teruk ..esoknya atok sesak nafas tapi atok taknak pergi hospital .. tapi masa tu jugak ktorang kena balik sebab azwa sekolah, 

Atok keluar masuk hospital dalam beberapa bulan tu sebab atok makin kritikal, atok masuk icu .. mak serba salah sangat sebab air kopi mak buat atok sakit teruk tapi ayah cakap dengan mak.. tu nak jadi penyebab je, sampai lah satu hari ni doktor cakap doktor dah tak boleh nak buat apa, keadaan atok dah nazak, ktorang semua ambl keputusan nak bawak atok balik.. lagipun kalau atok dekat hospital, badan atok kena cucuk sana sini, terseksa ktorang tengok atok.

Dua minggu lepas tu ayah amk azwa dekat asrama, ayah cakap minggu ni tak balik mersing sebab mak dah ada dekat rumah atok, keadaan atok dah teruk, kritikal sangat. sampai kampung semua anak2 atok balik, meriah rumah atok bukan senang nak kumpul semua ada ni kan. Hari ahad petang, azwa kena balik asrama dah siap pack semua barang, azwa tanya aizat dia balik asrama jugak tak petang tu, dia cakap balik dia ada hal esok dekat sekolah, azwa pun masukkan barang dalam kereta sebab tengok jam pun dah lewat, dah pukul 5 ni lepastu nak sampai asrama sebelum pukul 6.30. tak sempat, si aizat ni dia dekat je sebab dekat kluang, ktorang call warden cakap sampai lambat, aizat dah balik asrama tp azwa belum gerak2 ,, bila azwa tanya ayah bila nak balik.. ayah cakap ayah tengok atok macam dah tak lama dekat sini, ayah tak kasi balik , ayah cakap kalau tak bila lagi nak berbakti dengan atok..

Malam tu rumah jadi sunyi, atok makin tenat, nazak.. bacaan yasin untuk atok tak berhenti, dah pukul 1 lebih pagi, azwa ngantuk sangat ,, azwa cakap dengan ayah nak tidur, ayah cakap pergi cium atok dengan mintak maaf dekat atok dulu baru boleh tidur, ayah pulak bentangkan toto untuk azwa tidur belakang tilam atok baring tu, 

Sayu sangat atok masa azwa cium atok tu, azwa tahan air mata sebab semua org cakap jangan nangis depan atok, kalau tak macam mana atok nak lawan sakit dia.. masa azwa mintak maaf dengan atok tu, atok haus,,atok nak air, azwa bagi atok hirup air guna straw, lepastu baru azwa tidur.. tapi atok,, azwa rasa azwa tidur tak sampai 10 minit.. ayah kejut azwa, ayah cakap "dik bangun..bangun..atok dah takde". eh macam mimpi pulak, azwa baru je tidur, atok dah takde. azwa pusing belakang, betul lah atok dah takde, 

Atok, kejadian lepas atok hembuskan nafas terakhir tu masih segar dalam ingatan azwa ni atok, azwa tak pernah lupa, makin azwa ingt, makin azwa rasa geram.. sebelum zuhur, atok dah dikebumikan, alhamdulillah semua dah selesai, bersyukur sangat,, azwa tak dapat pergi kubur sebab kena jaga rumah, jaga budak budak kecik dekat rumah, air mata azwa jatuh lagi lepas semua balik dari kubur, bukan sebab meratapi pemergian atok, tapi air mata geram, ye atok! atok pernah pesan biarlah dyorang, tapi dyorang sangat melampau atok ..azwa tak layak untuk benci orang ,, atok! semoga atok tenang dekat sana , kita jumpa dekat syurga ea atok,

Kenangan atok bawak azwa pergi kilang roti, atok belanja aiskrim setiap petang, nak motor pusing kampung, semua yang kita pernah buat sama sama, azwa tak kan lupa atok, in shaa Allah, atok , paper doll yang atok belikan untuk azwa masa azwa kecik tu, sampai sekarang tau ada, azwa simpan sebab tu je kenangan  yang masih azwa boleh simpan, nanti azwa bagi anak anak azwa main pulak takpun azwa frame, nama patung patung paper doll tu pun ada lagi tau, tempat mandi dy yang atok buat, semua azwa simpan rapi .. 

Tenanglah atok dekat sana bersama orang orang beriman. Al Fatihah

Saturday, April 4, 2015

Kuat


hai semua assalamualaikum,
aku masih dalam mood final exam tapi degil nak menaip, jadilah sekejap je ok. Dah biasa menulis ni akan dapat satu kepuasan macam makan strawberry dan marshmllow yang dicalit bersama coklat cair, serius so yummy !

tajuk entry kali ni dah kenapa pulak lah kuat kan, aku nak jadi kuat macam pendekar pendekar perkasa pada zaman dahulu ke.. eh eh, tak pun. Jadi perempuan ni dah cukup kuat kot kalau mampu angkat tong gas yang penuh tu sesorang walaupun hakikatnya aku angkat berdua. meh nak bagi korang baca ayat dari instagram aku ..


"kuat tu tak semestinya bila benda tu jadi, kau sentiasa boleh telan macam telan coklat, macam telan choc moist cake..kuat tu bila benda tu jadi, kau sedih, kau menangis sampai keluar hingus tapi kau tetap nak teruskan hidup...kuat tu bila kau rasa hati kau dan berkecai macam kena lenyek lenyek tapi kau ambil keputusan untuk berusaha bangkit...."

ye, kuat pada jasad kuat juga pada hati.. tengok sekarang ni sekeliling kita ramai pulak abam abam sado tu yang berketak ketak sana sini..mungkin berketak ketak sana sini tu nampak handsome,,nampak gagah . mungkin lah mungkin ..  dan ramai peminatnyaa. dan itu pun mungkin lah ..mungkin je tu .. errmm almaklumlah bukan citarasa diri sangat, ok apa kaitan dengan abam abam sado ni pulak , Ha! dia macam ni tau, kau nak tau  abam abam tu kuat ke tak, ayuh kita uji dia ,aicehh jangan lah kita uji mereka dengan asuruh angkat dua tong gas, kalau itu yang diuji memang lepas sangat sangat rasanya,, 

kita perati je dyorang bila dyorang jatuh mampu bangkit tak, mampu tak dyorang lawan,, barulah itu yang dinamakan abam sado abam handsome yang kuat ..kalau tak nanti rumahtangga baru goyah dah tak mampu lawan, eh jangan macam tu abam abam semua. kuatlah dalaman korang maka kuatlah luaran korang. 

ha untuk si cantik manis senyumanmu menawan tu, kita sebagai perempuan jangan lemah sangat , tolong ! sado kan lah hati kita ni, jangan baru terpelecuk *betul ke tu sis eja dah nak menangis, haishh sape suruh pakai heels 13" tu ha, pakai sandle ke kasut ke sudah .. in shaa Allah selamat. ha lagi satu contoh aku nak bagi, tak payah nak "saia tak kuat sangat" bila boyfriend yang kononnya setia tu pergi meninggalkan dirimu, biarlah dia pergi sana.. ada yang lagi baik menanti kita semua kat depan tu haa.

aku tahu ujian untuk semua orang lain lain kan.. ada yang ujian dia ringan je Allah bagi tapi ada tu subhanAllah.. payahnya rasa nak teruskan hidup.. " Allah tak kan uji hamba dia kalau hambaNya tu tak mampu" maka bangkitlah ,,jatuh terduduk merangkak meniarap sekali pun, bangkitlah ! masa kecik dulu kalau jatuh main lari2 dengan kawan kawan sampai muka terbenam dekat pasir, dan lepastu kita bangun sambung main lari2 ,, kenapa sekarang kita terjatuh terus nak jatuhkan diri. korang pun kena yakin tau. masa korang jatuh tu family korang, sahabat korang akan sentiasa ada nak bagi korang bangun bangkit semula ! Fight lah untuk terus bangkit sebab dekat depan tu korang akan tersenyum bahagia dengan hikmah yang korang jatuh sebelum ni .

"Bangkitlah kawan untuk jadi seorang yang kuat luaran dan dalaman"

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik