Pages

Saturday, April 4, 2015

Kuat


hai semua assalamualaikum,
aku masih dalam mood final exam tapi degil nak menaip, jadilah sekejap je ok. Dah biasa menulis ni akan dapat satu kepuasan macam makan strawberry dan marshmllow yang dicalit bersama coklat cair, serius so yummy !

tajuk entry kali ni dah kenapa pulak lah kuat kan, aku nak jadi kuat macam pendekar pendekar perkasa pada zaman dahulu ke.. eh eh, tak pun. Jadi perempuan ni dah cukup kuat kot kalau mampu angkat tong gas yang penuh tu sesorang walaupun hakikatnya aku angkat berdua. meh nak bagi korang baca ayat dari instagram aku ..


"kuat tu tak semestinya bila benda tu jadi, kau sentiasa boleh telan macam telan coklat, macam telan choc moist cake..kuat tu bila benda tu jadi, kau sedih, kau menangis sampai keluar hingus tapi kau tetap nak teruskan hidup...kuat tu bila kau rasa hati kau dan berkecai macam kena lenyek lenyek tapi kau ambil keputusan untuk berusaha bangkit...."

ye, kuat pada jasad kuat juga pada hati.. tengok sekarang ni sekeliling kita ramai pulak abam abam sado tu yang berketak ketak sana sini..mungkin berketak ketak sana sini tu nampak handsome,,nampak gagah . mungkin lah mungkin ..  dan ramai peminatnyaa. dan itu pun mungkin lah ..mungkin je tu .. errmm almaklumlah bukan citarasa diri sangat, ok apa kaitan dengan abam abam sado ni pulak , Ha! dia macam ni tau, kau nak tau  abam abam tu kuat ke tak, ayuh kita uji dia ,aicehh jangan lah kita uji mereka dengan asuruh angkat dua tong gas, kalau itu yang diuji memang lepas sangat sangat rasanya,, 

kita perati je dyorang bila dyorang jatuh mampu bangkit tak, mampu tak dyorang lawan,, barulah itu yang dinamakan abam sado abam handsome yang kuat ..kalau tak nanti rumahtangga baru goyah dah tak mampu lawan, eh jangan macam tu abam abam semua. kuatlah dalaman korang maka kuatlah luaran korang. 

ha untuk si cantik manis senyumanmu menawan tu, kita sebagai perempuan jangan lemah sangat , tolong ! sado kan lah hati kita ni, jangan baru terpelecuk *betul ke tu sis eja dah nak menangis, haishh sape suruh pakai heels 13" tu ha, pakai sandle ke kasut ke sudah .. in shaa Allah selamat. ha lagi satu contoh aku nak bagi, tak payah nak "saia tak kuat sangat" bila boyfriend yang kononnya setia tu pergi meninggalkan dirimu, biarlah dia pergi sana.. ada yang lagi baik menanti kita semua kat depan tu haa.

aku tahu ujian untuk semua orang lain lain kan.. ada yang ujian dia ringan je Allah bagi tapi ada tu subhanAllah.. payahnya rasa nak teruskan hidup.. " Allah tak kan uji hamba dia kalau hambaNya tu tak mampu" maka bangkitlah ,,jatuh terduduk merangkak meniarap sekali pun, bangkitlah ! masa kecik dulu kalau jatuh main lari2 dengan kawan kawan sampai muka terbenam dekat pasir, dan lepastu kita bangun sambung main lari2 ,, kenapa sekarang kita terjatuh terus nak jatuhkan diri. korang pun kena yakin tau. masa korang jatuh tu family korang, sahabat korang akan sentiasa ada nak bagi korang bangun bangkit semula ! Fight lah untuk terus bangkit sebab dekat depan tu korang akan tersenyum bahagia dengan hikmah yang korang jatuh sebelum ni .

"Bangkitlah kawan untuk jadi seorang yang kuat luaran dan dalaman"

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik