Pages

Saturday, April 11, 2015

Penat

















wake up in the morning, still alive! Alhamdulillah syukur padaMu kerana bagi aku lihat dunia lagi. 

kenapa kau datangkan ujian macam ni untuk aku? aku letih, aku dah penat nak lawan. aku masih tersenyum gembira kerana aku tahu, kau maha mengetahui mana yang terbaik untuk aku. kau bagi aku nafas baru setiap aku celik dari mati sementara.

dulu kau pernah bagi ujian macam ni, tapi aku lawan hampir setahun mungkin atau lebih sebab aku nak tunjukkan yang aku kuat, aku mampu, aku taknak susahkan orang tersayang dalam hidup aku. sebelum berakhirnya perjalanan ujian Kau untuk aku, seorang lelaki berkata "azwa, awak patut bersyukur kerana mereka sayang awa,, tindakan cepat walaupun dah dipenghujungnya... kalau tak mungkin setakat ini sahaja perjalanan hidup awak.. aku hanya mampu tersenyum dan satu ungkupan ku ucapkan " terima kasih" Alhamdulillah aku dapat berdepan dengan ujian itu.

selepas kau bagi aku kebahagiaan, kau datangkan lagi ujian, dan secara jujurnya aku kalah, aku tewas untuk sekian kali. perkataan "PASRAH, REDHA" selalu aku ungkap . kadang aku cerita pada mereka, aku tidak sekuat mana , tapi mereka jawab " dulu boleh kenapa sekarang tidak? ktorang kenal nurul azwa dari lahir" . aku hanya mampu balas dengan senyuman yang aku rasa mereka tahu aku mampu lakukannya.

saat aku berserah, aku akan kata "please bring me to clinic now!" , tapi saat aku mampu lawan, mereka akan lihat wajah aku seperti mayat hidup..tapi aku cuba lawan walhal mereka satu rumah dah kecoh, kelam kabut tengok aku.. tapi aku senyum dan ungkapkan "adik ok lah" lalu senyuman paling besar aku hadiahkan.

bila aku jumpa seorang hamba yang berkot putih, di meja mereka ada pelbagai jarum, bilik mereka dikelilingi bau yang aku tak suka, yang aku dah jemu barang kali. mereka akan akhiri perbualan kami "keep this letter and bring it when you go to specialist, please refer to this person, he is a kind person" tanpa kau sedar, aku keluar lagak gengster, aku bgtau mereka yang tunggu dekat luar tu dengan "hahaha, macam biasalah budak ngada ngada kan, takde apa pun sebenarnya" dan bila aku sampai rumah, surat tu aku koyakkan, aku buang!

kenapa aku buat macam tu ? kerana bagi aku sampai masa, semua manusia akan pergi tinggalkan bumi, tinggalkan dunia yang serba cantik mungkin. cuma kita bersedia atau tidak ,bila bila masa je kita akan ucap selamat tinggal.

bila orang sekeliling cerita majlis  perkahwinan idaman, ciri ciri lelaki idaman, aku mampu bayangkan tapi aku tak mampu luahkan, ye! aku support mereka kerana itu kebahagiaan mereka. tapi bagi aku, cukuplah kebahagian aku bila tengok mereka bahagia. dalam fikiran aku when people talked about wedding, aku akan cakap "takde manusia yang sanggup jaga kalau dy tengok aku macam ni, sungguh malang manusia tu" aku tak putus doakan kebahagiaan korang

aku tak mintak banyak, wahai diri , berdirilah selagi engkau mampu walaupun kau jatuh berdarah sekali. keluarga ada untuk kau. bukan dah janji pada diri ke nak tengok sahabat, tripled c, honneybunny, ayien dan kawan kawan lain bahagia.


manusia yang jatuh,

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik