Pages

Friday, June 12, 2015

seorang mak dan seorang ayah











Alhamdulillah dah bulan Jun, dah seminggu dekat U, menghitung final sem. Melangkah dengan penuh sayu tapi aku harus buktikan yang aku mampu. senyum

"Ayah, dah sampai rumah?"
"Alhamdulillah baru je naik rumah, minggu yang meletihkan"
"Alhamdulillah dah sampai. Terima kasih ayah ngn mak sebab hantar adik sampai segamat. doakan kejayaan adik ye"
"Adik, bukan sebab hantar adik ayah letih, itu tanggungjawab ayah dan mak. In shaa Allah semua yang terbaik untuk anak ayah dan mak"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku paham bukan maksud ayah hantar aku tu perkara yang meletihkan, badan mana yang tak letih bila tanpa rehat sepanjang  seminggu.

minggu aku pulang ke U je perjalanan ayah dah meletihkan.
ahad- mersing ke jb kemudian mersing semula
isnin- mersing ke jb kemudian ke kulai
selasa- mersing ke jb dan di akhiri ke mersing semula
rabu- mersing ke jb kemudian ke kulai
khamis- mersing ke jb ke mersing, teruskan perjalanan ke kulai kemudian jb dan kulai semula
jumaat- kulai ke segamat
sabtu- segamat ke kulai kemudian ke mersing

Khamis malam jumaat. dalam kereta.. aku tengok muka ayah dari cermin pandang belakang. nampak mukanya agak letih. tapi aku bersuara " Ayah.. kita jalan jb jom malam ni"... "boleh, cakap je nak jalan mana malam ni"

dah pukul 9 malam, aku tengok jam dinding kemudian alihkan pandangan tengok ayah. dalam hati ni bercakap.. mungkin tak jd kot keluar sebab dh pukul 9.

"sekejap ea dik..ajak mak siap siap..lepas bola habis kita keluar"

pukul 11 bola habis, tunggu ayah bersiap, pukul 11.30 baru keluar dari rumah.

"Yah, adik nak main bubble giant boleh, ermm nak pergi istana lepastu nak belikan mak blouse dekat pasar karat"

ayah turut je kehendak aku walaupun dia dah letih, jelas aku tengok dari muka dia..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ayah, mak.. semoga jasa ayah dan mak terbalas olehNya. adik tak mampu nak balas semua jasa mak dan ayah tapi In shaa Allah adik akan sentiasa gembirakan mak dan ayah,

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik