Pages

Thursday, September 10, 2015

yeayyy 20!


Alhamdulillah!
7.9.15 genap umur aku 20 tahun. sekejap je dah 20 tahun aku dekat bumi ni. dah 20 tahun hidup, ntah berapa banyak dah dosa aku. 

Mak,

terima kasih dah lahirkan adik dekat dunia ni. 20 tahun lepas mak bersusah payah bertarung nyawa nak keluarkan adik. dapat pulak anak yang tak reti sabar macam adik ni, nak jugak keluar dekat rumah. taknak dekat hospital. mak kena tahu adik bukan apa..nak tengok rumah kite terus, terima kasih mak dah besarkan adik dengan penuh kasih sayang dengan ilmu yang mencurah - curah. adik cinta mak sampai akhir hayat adik mak. in shaa Allah kite ke syurga sama sama ea mak. 

Ayah,

terima kasih didik adik dengan ilmu agama. didik adik dengan tegasnya. terima kasih ayah. terima kasih sanggup layan kerenah ada yang bukan. adik tak pernah tak sayang ayah. ayah bimbinglah adik terus untuk ke syurgaNya. adik rindu mak ayah. adik sayang mak ayah. terima kasih mak ayah.

Akak & Abang,

terima kasih jadi akak dan abang yang garang, yang pukul adik time ngaji dulu. terima kasih layan adik macam seorang putri raja turun dari kayangan. korang tempat adik luah masalah selepas mak n ayah. adik sayang korang selamanya. Ingat! terpisah jauh mana pun kite jangan pernah putuskan tali persaudaraan adik beradik sebab kite bertiga je. love u akak. love u abang.

Familiy mak pat,

korang, terima kasih jaga azwa dengan penuh kasih sayang. terima kasih bagi azwa tumpang duduk dekat rumah yang penuh kenangan. mak, terima kasih sambut azwa masa azwa lahir. abah, jasa abah hantar balik azwa pergi sekolah tak pernah azwa lupa. kak hawa, abg nanang, abg poji n kak kinah. azwa sayang korang sama macam azwa sayang akak n abang sendiri. korang tak pernah berkira dengan azwa. sayangnya azwa pada keluarga korang . in shaa Allah talian persaudaraan kite kekal selamanya.

Sahabat, kawan, teman

terima kasih sudikan berkawan dengan aku, sudi jadikan aku sedikit dalam kenangan hidup korang. moga kenangan antara kita semua tak pernah pudar. korang semua, semoga impian kita tercapai. jasa mak ayah jangan kita lupa nak balas bila kita dah berkerjaya nanti . azwa sayang korang selamanya.

kepada mereka yang pernah hadir dalam hidup aku, pergi dan datang, TERIMA KASIH!


SURPRISE!!
SHOULDERS !TERIMA KASIH UNTUK KENANGAN 7.9 NI. AKU AKAN MERINDUI KORANG,TERIMA KASIH UNTUK KURA KURA COMEL, UNTUK BELON HELLO KITTY.
SAYANG KORANG SANGAT.

SAHABAT. TERIMA KASIH UNTUK SURPRISE NI. TERIMA KASIH UNTUK BUNGA DAN COKLAT NI. LAIN KALI BAGI SATU KEDAI BUNGA PULAK TAU. HAHAHAHA. MOGA CITA CITA KAU TERCAPAI. JADI ANAK N ABANG SULUNG YANG BAIK HATI DAN BERTANGGUNGJAWAB YE. MOGA APA YANG DI IMPIKAN TERCAPAI.
TERIMA KASIH SAHABAT

ROOMATES! (AISYAH, YANA, WANI) TERIMA KASIH KORANG. MAAF TERBALIK BILIK AWAL. SAYANG SANGAT DEKAT KORANG. TAK NAK BERPISAH DENGAN KORANG. TERUS JADI PERIANG YE SEMUA. SEMOGA SEMUA JUMPA JODOH YANG BAIK BAIK. JANGAN LUPA BEHAVE DEPAN ORANG RAMAI. 
SAYANG KORANG




Wednesday, September 2, 2015

1.9


Ayah. 
Tahun ni genap umur ayah 56 tahun. 
Alhamdulillah ayah masih kuat, gagah, sihat, susah nak sakit, handsome. 
Happy birthday ayah ! Selamat hari lahir ayah ! 

Ayah,
terima kasih untuk segala pengorbanan untuk adik. ayah layan kerenah adik tak kira tempat dan umur adik. Walaupun ayah tau anak ayah cerewet tahap maksimum. ayah bertahan layan kerenah adik yang setiap kali menjelang hari raya, pusing mall dari 10 pagi sampai mall tu tutup. dan akhirnya tak jumpa jugak baju, ! ayah dah banyak menyusahkan diri ayah untuk adik. adik tak mampu balas pengorbanan ayah yang tak terkira ni.

Ayah,
In shaa Allah segala nasihat ayah, teguran ayah, adik semat siap2 dalam hati adik. ayah tau adik tak sekuat mana. tapi, masa tu lah ayah datang, ayah cuba bangunkan adik.

Masa tu adik form4, jari adik nak putus dah sebab kena tingkap. silap adik jugak buat kerja tak ikhlas. melawan . Allah nak bagi sekejap je kan ayah. masa kejadian tu, darah adik banyak sangat! satu kotak tisu habis, adik menangis tengok darah, ayah jenguk dari tangga rumah tengok jari adik. adik tau ayah takut darah, tapi ayah gagahkan jugak diri ayah untuk hantar adik pg klinik. ayah pimpin adik dari kereta smpi ke tempat emergncy dengan darah yang mencurah curah. ayah marah doktor sebab lambat sangat rawat adik. ayah tau tak, masa tu ayah lah superhero !

Form5, adik operation. adik takut. tapi ayah cakap nak sihat kena kuat. ye ayah adik kuat masa tu . adik kuat untuk mak, untuk ayah, untuk akak, untuk abang. adik tau masa tu semua orang risaukan adik. daripada lampu nama adik dekat bilik bedah tu dah hijau, tapi tiba tiba dia merah semula. mak ayah dah tak senang duduk kan masa tu . hahaha. adik dah menyusahkan mak ayah sangat masa tu. alhamdulillah keluar bilik bedah mak ayah yang tolak troli adik. adik mampu buka mata sekejap je. adik tak larat sebab doktor ckp darah adik banyak sangat td masa operate.

Ayah,
ayah lah satu satunya hero yang adik ada. ayah jangan pergi awal sangat ye. adik tau ayah minta untuk pergi awal. ayah selalu cakap dengan adik benda ni. tapi, adik belum puas duduk dalam belaian ayah, limpahan kasih sayang ayah. walaupun adik degil, ayah tak pernah jemu nasihatkan adik. walaupun kek adik buat kadang kadang tak menjadi, ayah tetap makan, ayah tetap cakap sedap. ayah, takde siapa boleh ganti tempat ayah dalam hidup adik . ayah pernah cakap, nanti adik kahwin, suami adik tak sama macam ayah, tapi adik kena sayang dia mcm adik sayang ayah. in shaa Allah ayah.

TERIMA KASIH AYAH!
anakmu,
azwa
 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik