Pages

Wednesday, September 2, 2015

1.9


Ayah. 
Tahun ni genap umur ayah 56 tahun. 
Alhamdulillah ayah masih kuat, gagah, sihat, susah nak sakit, handsome. 
Happy birthday ayah ! Selamat hari lahir ayah ! 

Ayah,
terima kasih untuk segala pengorbanan untuk adik. ayah layan kerenah adik tak kira tempat dan umur adik. Walaupun ayah tau anak ayah cerewet tahap maksimum. ayah bertahan layan kerenah adik yang setiap kali menjelang hari raya, pusing mall dari 10 pagi sampai mall tu tutup. dan akhirnya tak jumpa jugak baju, ! ayah dah banyak menyusahkan diri ayah untuk adik. adik tak mampu balas pengorbanan ayah yang tak terkira ni.

Ayah,
In shaa Allah segala nasihat ayah, teguran ayah, adik semat siap2 dalam hati adik. ayah tau adik tak sekuat mana. tapi, masa tu lah ayah datang, ayah cuba bangunkan adik.

Masa tu adik form4, jari adik nak putus dah sebab kena tingkap. silap adik jugak buat kerja tak ikhlas. melawan . Allah nak bagi sekejap je kan ayah. masa kejadian tu, darah adik banyak sangat! satu kotak tisu habis, adik menangis tengok darah, ayah jenguk dari tangga rumah tengok jari adik. adik tau ayah takut darah, tapi ayah gagahkan jugak diri ayah untuk hantar adik pg klinik. ayah pimpin adik dari kereta smpi ke tempat emergncy dengan darah yang mencurah curah. ayah marah doktor sebab lambat sangat rawat adik. ayah tau tak, masa tu ayah lah superhero !

Form5, adik operation. adik takut. tapi ayah cakap nak sihat kena kuat. ye ayah adik kuat masa tu . adik kuat untuk mak, untuk ayah, untuk akak, untuk abang. adik tau masa tu semua orang risaukan adik. daripada lampu nama adik dekat bilik bedah tu dah hijau, tapi tiba tiba dia merah semula. mak ayah dah tak senang duduk kan masa tu . hahaha. adik dah menyusahkan mak ayah sangat masa tu. alhamdulillah keluar bilik bedah mak ayah yang tolak troli adik. adik mampu buka mata sekejap je. adik tak larat sebab doktor ckp darah adik banyak sangat td masa operate.

Ayah,
ayah lah satu satunya hero yang adik ada. ayah jangan pergi awal sangat ye. adik tau ayah minta untuk pergi awal. ayah selalu cakap dengan adik benda ni. tapi, adik belum puas duduk dalam belaian ayah, limpahan kasih sayang ayah. walaupun adik degil, ayah tak pernah jemu nasihatkan adik. walaupun kek adik buat kadang kadang tak menjadi, ayah tetap makan, ayah tetap cakap sedap. ayah, takde siapa boleh ganti tempat ayah dalam hidup adik . ayah pernah cakap, nanti adik kahwin, suami adik tak sama macam ayah, tapi adik kena sayang dia mcm adik sayang ayah. in shaa Allah ayah.

TERIMA KASIH AYAH!
anakmu,
azwa

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik